بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Sabtu, 18 Mei 2013

Cara daftar anak angkat sah mengikut undang-undang

Assalamualaikum

Saya ingin berkongsi proses untuk mengambil anak angkat secara sah mengikut undang-undang. Sekarang ni ramai yang mengambil anak angkat sebagai penyeri dan peneman pada yang tiada zuriat dan juga bagi mereka yang ingin membantu anak-anak yang tidak boleh di jaga oleh keluarga asal atas sebab-sebab tertentu.

Caranya:
  1. Ibubapa kandung dan ibubapa angkat bersama anak yang ingin dipelihara hendaklah datang sekali sewaktu ingin mendaftar di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
  2. Mula sekali kena ambil borang Surat Akuan Berkanun (Surat Keizinan Pengangkatan).
  3. Setelah lengkap borang tersebut hendaklah di stamp (setem hasil) di Lembaga Hasil Dalam Negeri.
  4. Lepas stamps, kena bawa borang tersebut untuk ditandatangan depan Pesuruhjaya Sumpah serta untuk mendapatkan cop dan tandatangan sebagai pengesahan.
  5. Selesai. Borang tersebut ibubapa angkat hendaklah simpan selama 2 tahun.
Nota: Dokumen yang perlu ada, sijil kelahiran anak (yang asal), kad pengenalan ibubapa dan sijil nikah (ibubapa angkat). Orang yang belum berkahwin juga boleh mendaftar untuk mengambil anak angkat. Surat Keizinan Pengangkatan tersebut sudah sah mengikut undang-undang. Ibubapa angkat boleh menggunakannya untuk tujuan resmi. Untuk memudahkan proses, boleh mendaftar di JPN Putrajaya.

Selepas 2 tahun:
  1. Pergi JPN dan ambil borang untuk permohonan sijil Pengangkatan.
  2. Setelah lengkap. Hantar borang tersebut di kaunter dan JPN akan buka satu fail untuk tujuan mendapatkan sijil tersebut.
  3. Biasanya selepas 2 minggu atau lebih, bergantung pada nombor giliran kita. Pihak JPN akan hantar surat untuk datang temuduga di JPN.
  4. Masa temuduga kena bawa anak angkat bersama. Mereka nak tengok keadaan anak angkat tersebut dan bertanya serba sedikit latar belakang keluarga angkat. Mereka cuma nak pastikan bahawa masa depan anak angkat tersebut terjamin tinggal bersama keluarga angkat.
  5. Selepas di temuduga. Pihak JPN akan serahkan sijil Pengangkatan bersama Mykid yang baru (dalam borang untuk mendapatkan sijil, ibubapa angkat boleh mengubah nama anak angkat).
Tambahan: Jika salah seorang ibubapa kandung tidak ada semasa mengisi borang yang mula-mula tadi. Prosesnya jadi panjang kerana ibubapa angkat kena berurusan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula bagi memudahkan proses undang-undang jika berlaku sebarang tuntutan.
  1. Prosesnya bermula selepas di temuduga dengan pihak JPN. Pihak JPN akan menghantar surat ke JKM untuk tindakan selanjutnya.
  2. Setelah itu pihak JKM akan memanggil ibubapa angkat untuk ditemuduga (tempohnya bergantung pada nombor giliran / fail).
  3. Selepas di temuduga. Pihak JKM akan membuat satu laporan dan dihantar ke JPN.
  4. Selepas pihak JPN terima laporan tersebut, barulah mereka akan keluarkan sijil Pengangkatan dan Mykid yang baru.
Harap membantu.

64 ulasan:

  1. tkasih dik info nie
    kebetulan adik akak dlm proses ambil anak angkat ;)

    BalasPadam
  2. abg ipar saya ambil 3 anak angkat,..beginilah prosesnya kata mereka,.... mg entry ini membantu mereka yg berhajat nak mengambil anak angkat.... mg urusan mereka semua dipermudahkan,..anak2 adalah penyeri,... :D... tapi,..kata abg ipar saya tu,..lepas umur 18 tahun,...anak angkat boleh buat keputusan sendiri untuk tinggal dgn siapa... betul ker ??..

    BalasPadam
  3. as-salam..
    tima kasih kak membantu

    BalasPadam
  4. Betul tu Rose. Kakak ipar kakak kan ambil anak angkat macam inilah caranya cuma dia banyak kali sangkut sebab bapak budak tu kerja di Sabah kena tunggu dia cuti. Makan bertahun juga baru settle...

    BalasPadam
  5. @izan mama mia
    Betul. Sebab mereka ada hak untuk memilih. Apa pun terserah pada qada' dan qadar. Yg penting kita dah didik dan jalankan amanah dgn sebaiknya. Nak kata tak berlaku ada yg berlaku. Yg penting jgn sampai putus terus hubungan.

    BalasPadam
  6. ex-housemate eca amik anak angkat tapi masalahnya,kdg2 kat rumah tu,dia mcm serahkn kpda kami tuk jaga..memula tak kisah juga kak..lelama xble blogging..sampai demam xcukup tidur.last-last eca keluar dri ruma tu.pandai2lakwn tu berdikari...tapi dia xikut prosedur ne tau kak...dia main amik je.

    BalasPadam
  7. Salam...sy dlm proses menunggu utk dptkan sijil anak angkat..surat sumpah ada tapi mmg skrg ni proses kena go thru JKM jugak ker..

    BalasPadam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  9. Salam Ya Ummi, bagaimana caranya utk mempercepatkan tarikh temuduga sebab si suami bekerja luar negara dan cuti singkat?

    BalasPadam
  10. Salam unknown,

    Kena buat surat rayuan dan sebab untuk dipercepatkan proses. Semoga dipermudahkan.

    BalasPadam
  11. Elliza : biasa yg kena go through JKM bila salah seorang ibubapa tiada masa sign surat sumpah. Tak tahu pula proses yg terbaru ni

    BalasPadam
  12. Salam tumpang tanya.. Seandainya saya mahu mengambil anak angkat tetapi anak itu bukan warga negara malaysia.. Bagai mana oula prosudernye?

    BalasPadam
  13. Salam tumpang tanya.. Seandainya saya mahu mengambil anak angkat tetapi anak itu bukan warga negara malaysia.. Bagai mana oula prosudernye?

    BalasPadam
  14. Kebetulan pernah dgr kes mcm ni. Sama je proses. Cuma utk dpt kerakyatan tu yg susah sikit.

    BalasPadam
  15. maaf saya mencelah. saya baru sahaja ke JPN pg tadi 20/2/14. dan saya hanya dapat proses temuduga pada bln 10/14. saya amatlah tidak berpuas hati kerana saya akan bercuti diluar negara pada bln9. saya cuba mereyu tapi responnya amat mendukacitakan. saya sedang bersedih skg kerana bkn mudah rupanya proses pengangkatan ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lama ya. Sabarlah. Skrg ramai ambil ank angkat. Tu yg jd lambat.

      Padam
  16. Nak tanya... umur 50 boleh ambil anak angkat tak? Mak mertua saya nak ambil anak angkat tapi suruh saya dan isteri daftar dan dia yang akan jaga. Dia kata umur dia tak layak... tak perasan pun rules tu dalam website JPN.

    BalasPadam
  17. Maaf saya tak tahu tentang had umur ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bolehkah remaja bawah umur akad sumpah untuk serahkan anak

      Padam
  18. Mekum sis..sis saya ada ambik anak angkat..tp saya xpandai buat urusan pengambilan anak angkat..dah 4bulan saya jaga..td pagi dah pegi jpn tuk buat pertanyaan..dan mau ambik borang anak angkat..dya swu saya pegi mahkamah syariah saja..btl ke tu sis..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wkmslm. Pelik juga tu. Tgk cara dapat anak angkat juga. Ada kenalan jumpa baby yg d tinggalkan. Dia buat police report. Kemudian pergi mahkamah utk dapatkan hak penjagaan. Kes ni sebab tiada surat beranak dan tak tahu asal usul bayi. Harap membantu.

      Padam
  19. Ini ibu dya sendiri yg bagi kat saya..di sebabkan dya x mampu jaga..ibu tunggal..dah cerai,khawin kmpung..so dya bg kat saya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau macam tu tiada masalah daftar d JPN. Nak mudah pergi JPN Putrajaya

      Padam
  20. Kak nk tny skit la... Klau sorg ibu ni ad seorg ank yg tak sah taraf ttapi sudah berkahwin dgn bapa kepada anak itu... Boleh ke sijil lahir ank tersebut di tukarkan kepada sijil anak angkat...??

    BalasPadam
  21. Salam..nk tny ckit..sy nak amik anak angkat baby baru lahir dr biomum yang ditinggalkn suami tnpa nafkah...persoalan sya, semasa proses pengangkatan nti.. perlukan bapa kandung hadir bersama..sebab bapak xdpt d kesan...

    BalasPadam
  22. @hairi : maaf. Tak tahulah kes mcm tu.
    @ainns : boleh. Ada saya tulis dalam entri ni.

    BalasPadam
  23. Salam akak..leh tak sy nak bertanya..leh tak saya nak berhubungan ngan akak melalui email.. sy banyak nak bertanya pasal nak amik anak angkat nie..kalau tak keberatan akak leh tak email lia liyanalia88@gmail.com..sy tunggun ye akak time kash

    BalasPadam
  24. Assalam.. maaf mengganggu... saya berminat ingin tahu lebih details tentang pengambilan anak angkat ni... boleh kak ummi emel pada saya di sitimarza@gmail.com ?

    Saya xberapa paham hehe tq

    BalasPadam
  25. Assalam.. maaf mengganggu... saya berminat ingin tahu lebih details tentang pengambilan anak angkat ni... boleh kak ummi emel pada saya di sitimarza@gmail.com ?

    Saya xberapa paham hehe tq

    BalasPadam
  26. Salam kak..boleh email saya x..saya nak tanye berkenaan ank angkat..harap akk dpt membantu..syaharatulnaim@yahoo.com..tq

    BalasPadam
  27. Salam kak..boleh email saya x..saya nak tanye berkenaan ank angkat..harap akk dpt membantu..syaharatulnaim@yahoo.com..tq

    BalasPadam
  28. Kak.sy nk tanye.kwn sy perempuan.umur 28 xkahwin lg.dia ada bisnes sendiri.dia nak amik anak angkat.tp dia xtau nk amik ank angkat kat mne.dia pon was2 sama ada org y masih bujang boleh mohon anak angkat.kebetulan dia pon anak angkat sebab masalah kaum.ni email dia amoishasha1202@gmail.com

    BalasPadam
  29. Salam..saya dlm proses ambil ank angkat.bile dh dpt info ni sket alhamdulillah..skurang2nya sy dah tahu sket ape yg perlu sy n suami biat.terima kasih atas info yg diberi..

    BalasPadam
  30. assalam kak, boleh tak kita ambik surat surat akuan berkanun dimana2 JPN. perlu ke kedua ibubapa kandung datang sekali atau salah seorang sahaja sudah memadai.

    BalasPadam
  31. assalamualaikum ummi.. boleh kan seorg kanak2 yg umurnya kini 4-5thn menjadi seorg anak angkat? dan bagaimana prosedurnya. mohon jawapan dari ummi terima kasih..

    BalasPadam
  32. Wkmslm. Boleh. Sama je prosedurnya.

    BalasPadam
  33. Salam...nak tanya...klu anak tu bukan warganegara boleh lalu prosedur ni juga?

    BalasPadam
  34. SLM.. Nk tnye. Mcm mne nk tulis Surat pengakuan ank angkat jika dah lebih umur 18tahun? Hrap dh dibntu

    BalasPadam
  35. Assalamualaikum

    Saya seorang guru di Melaka, sudah beberapa kali mencari anak untuk dijaga tetapi masih belum berjaya. Saya mencari seorang anak lelaki yang akan lahir dalam masa terdekat. Boleh hubungi saya di 0149824024

    BalasPadam
  36. Assalamualaikum
    Saya seorang guru di Melaka, sudah beberapa kali mencari anak untuk dijaga tetapi masih belum berjaya. Buat masa ini saya mencari seorang anak lelaki / perempuan yang akan lahir dalam masa terdekat. Boleh hubungi saya di 0149824024
    Terima kasih

    BalasPadam
  37. assalamualaikum..
    Saya sedang mencari anak angkat yang baru lahir (perempuan)..
    Pada sesapa yang ingin menyerahkan anak.. sila hubungi saya di 0192410657..

    BalasPadam
  38. Assalamualaikum..
    saya baru sahaja menjaga seorang bayi perempuan dan bercadang untuk menjadikanya anak angkat....kerana ibu bapa bayi tidak mampu untuk
    menjaga di sebabkan sudah punya anak yg ramai..
    di sini saya nk tanya soalan...baru2 nie saya ada ke
    Jpn untuk bertanya cara2 nk ambil anak angkat dan
    pegawai bertugas menyuruh saya ke Jkm untuk
    proses itu...yg mana satu saya harus pergi ke Jkm
    taupn ke Jpn harap dpt membantu saya...dlm kebingungan...

    BalasPadam
  39. Assalamualaikum..
    saya dan isteri telah mnjaga seorang anak yg tidak sah taraf hampir 3 tahun..ibunya telah meninggal dunia dan bapanya tidak dapt dikesan..
    Apakah langkah2 yang perlu dilakukan untuk mmbuat pendaftaran? Kerana sya ingin mmbuat pasport anak ini secepat mungkin..oleh kerana ketiadaan borang2 yg penting tlh merumitkan keadaan..mohon sis boleh mmbalas pertanyaan ini ..

    BalasPadam
  40. as salam sy mncari bayi utk d jadikan ank angkat...asal kedah..klo ada info wasup sy ye... 0124589394

    BalasPadam
  41. as salam sy mncari bayi utk d jadikan ank angkat...asal kedah..klo ada info wasup sy ye... 0124589394

    BalasPadam
  42. salam,sy mencari bayi angkat.xkisah jantina,status atau agama.klau ada info tolong maklumkan sy 0195109645. TQ

    BalasPadam
  43. assalammulaikum..saya mencari anak angkat untuk dijadikan anak saya..kalau ada tolong info saya ya..ini nmbr whatsap saya 0138725344..tq

    BalasPadam
  44. assalammulaikum,saya nak sangat dapat anak angkat untuk dijadikan anak saya.kalau ada apa2 info tolong bagitau saya yah.saya asal sabah kota kinabalu..terimah kasih...coll nombor 0138725344 kalau ada info..

    BalasPadam
  45. assalam..sy nana dr n9..jika anak diantara ibu2 yg mvari fmly angkat sudi la kiranya mghubungi@wasap@mesej sy ditalian 0296615666....kami xkisah soal taraf anak....in shaa allah kami akan bg sgla keperluan tok anak tu nti..in shaa allah...mg allah bukakan pntu ati ibu tok hubungi sy..kami da 14 thn bkahein

    BalasPadam
  46. assalam..sy nana dr n9..jika anak diantara ibu2 yg mvari fmly angkat sudi la kiranya mghubungi@wasap@mesej sy ditalian 0296615666....kami xkisah soal taraf anak....in shaa allah kami akan bg sgla keperluan tok anak tu nti..in shaa allah...mg allah bukakan pntu ati ibu tok hubungi sy..kami da 14 thn bkahein

    BalasPadam
    Balasan
    1. pembetulan no phone 0196615666

      Padam
    2. pembetulan no phone 0196615666

      Padam
  47. Alhamdulillah. Saya baru selesai menguruskan proses pengambilan anak angkat. Boleh rujuk ke blog saya http://papa-affan.blogspot.my/2016/03/anak-angkat-satu-permulaan.html

    BalasPadam
  48. As Salam.. Saya azli, seorang guru, lokasi Perak. Kami suami isteri ingin mencari anak angkat jantina perempuan berumur 1-5 tahun. Boleh wass app saya, 011-52841565 atau sms 019-5037452

    BalasPadam
  49. Salam ummi...sya ada ambik anak angkat tapi sya masih xdpt buat apa2 document lagi walaupun dah 2 tahun jaga anak angkat.ayah kepada budak nie pemegang mykad tetapi ibu nya cuma pemegang passport,bila sya tnya d mna surat lahir budak nie,ibu dia ckp bapa mentua dia yg pegang semua document tue..sya nak bertanya di sni,bleh ka surat lahir anak tue ada jika ibu nya cuma pemegang passport?terima kasih ummi..😊

    BalasPadam
  50. Salam ummi...sya ada ambik anak angkat tapi sya masih xdpt buat apa2 document lagi walaupun dah 2 tahun jaga anak angkat.ayah kepada budak nie pemegang mykad tetapi ibu nya cuma pemegang passport,bila sya tnya d mna surat lahir budak nie,ibu dia ckp bapa mentua dia yg pegang semua document tue..sya nak bertanya di sni,bleh ka surat lahir anak tue ada jika ibu nya cuma pemegang passport?terima kasih ummi..😊

    BalasPadam
  51. salam ummi, boleh saya berhubung secara personal.. ini no saya dan email : 0174304843 / luvlybanie@gmail.com.

    BalasPadam
  52. Saya nak ambik anak agkat tapi mak dia bukan warganegara, and mak dia tkde pasport so camana prosuder dia ye? Boleh bgi pencerahan sikit?

    BalasPadam
  53. Assalamualaikum..sya nak amik ank angkat tp bdk tuu dh 11thun mak bapak xde..mak tu dh blik indon n bpk bdk tuu xtw kat mner..tp bdk tu ade surat lahir?petnyaan sye kt cni ble ke sye ambil bdk tu jdi ank sya angkat?n sye dh bekhwin umor ank sye 4thun..tolong la bagi pencerahan buntu sgt..kmi suami isteri ksian kat bdk tu..tolong bgtau cmner cara2 nye..

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...