بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Khamis, 23 Mei 2013

Bencana alam jadikan pengajaran

Assalamualaikum

Semalam tengok rancangan di TV1 tentang bencana alam yang pernah berlaku sebelum-sebelum ni. Saya tertarik dengan bencana yang terakhir, di mana sedang beribu orang menyaksikan sebuah konsert di Belgium, cuaca yang mulanya tenang, tiba-tiba bertukar menjadi ganas. Awan tebal yang datang dengan cepat kemudian berlaku ribut yang menyebabkan ada yang terkorban dan tercedera. Melihat kisah ini terasa cukup takut dan sedar tentang kekuasaan Allah. Untuk mengetahui lebih lanjut kejadian ini bolehlah singgah di SINI.

Banyak lagi kejadian-kejadian yang Allah turunkan sebagai balasan dan pengajaran. Minta dijauhkan dari negara kita ini.

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:
  • Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
  • Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
  • Zakat dijadikan hutang.
  • Suami memperturutkan kehendak isteri.
  • Anak derhaka terhadap ibunya, sedangkan dia berbaik-baik dengan kawannya.
  • Dia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
  • Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
  • Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
  • Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
  • Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
  • Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
  • Para artis-artis disanjung-sanjung.
  • Muzik banyak dimainkan.
Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat). Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan diubah menjadi makhluk lain. (Hadith Riwayat Tirmizi)


8 ulasan:

  1. aah dik
    akak ada tgk video tuu juga
    di belgium kan ..
    masa tuu ada konsert , last2 semua kena lari selamatkan diri

    memang seram sejuk tgk ribut tuu .. kuat betul .. huhuh

    tapi manusia semakin hanyut dan lupa .. minta kita tidak leka dgn duniawi yg dah akhir zaman nie

    BalasPadam
  2. Bila melihat ciri-ciri itu semua bagaikan ada depan mata kita sekarang ni Rose. Bersamalah kita didik anak-anak kita dgn agama moga dapat menjauhi yg dilarang..

    BalasPadam
  3. memang semua ciri2 itu telah ada....hanya bala besar belum ada yg kecil2 jelas dan nyata...memang dunia sudah akhir zaman....

    BalasPadam
  4. mmg takut,..semakin lama manusia makin alpa...bala dtg di mana2

    BalasPadam
  5. TQ sharing..
    dah banyak sangat tanda2 akhir zaman ni.. mmg takut bila memikirkan nya..

    BalasPadam
  6. yang terbaru taufan kat moore USA kan, memang dasyat bala dari Allah, tapi berapa ramai yang ambil iktibar

    BalasPadam
  7. assalamualaikum ummi..semoga kita akan sentiasa mengingatinya selalu...;)

    BalasPadam
  8. Allahuakbar ... mintak jauhkanlah dr negara ktkan.. walaupun 15 perkara tu mcm ada jer dalam negara ..

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...