بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Rabu, 1 Mei 2013

Bantal panas untuk kesihatan

Assalamualaikum

Bantal panas yang berharga RM20 (ada dan tiada magnet sama harga). Yang ni ada magnet. Beli di Tesco Meru, Klang. Bangladesh tu cakap beli 2 RM30. Ada diberikan cover bantal sekali. Dulu beli takde.

Ini merupakan bantal kedua yang saya beli. Yang pertama beli di Plaza GM, Kuala Lumpur. Masa tu beli 2, RM28. Bantal yang pertama dah pecah semasa dipanaskan selepas beberapa kali digunakan. Masa beli yang kedua ni, sembang-sembang dengan penjual, dia kata yang saya beli tu takde kualiti (barang tiruan). Bezanya, bantal yang saya beli tu, bila dipanaskan menggelembung / mengembang. Tapi yang dia jual tak.

Ada benar juga cakap dia. Memang macam tu bila dipanaskan. Lepas tu ada bunyi. Lepas guna yang baru ni. Bila dipanaskan bantal ni tetap macam tu. Tak menggelembung / mengembang dan tiada bunyi. Penjual tu kata kalau rosak boleh tukar. Tu yang nak dengar. Maksudnya dia yakin dengan barang yang dia jual. Baru guna... jadi tengok berapa lama bertahan.

Pastikan bantal yang berkualiti ;) bantal pertama beli tiada plastik cover dibahagian charger ni. Lampu akan menyala sewaktu dipanaskan dan terpadam sendiri jika sudah boleh digunakan.

Kebaikan bantal panas. Klik gambar untuk lebih jelas ya.

Saya guna untuk panaskan tapak kaki dan tempat sakit (sengal).. Kalau letak bawah tapak kaki, boleh berpeluh satu badan. Macam sauna :). Letak di perut untuk lepas berpantang pun boleh. Kawan saya ada pinjam masa dia berpantang. Mudah katanya.

12 ulasan:

  1. Mcm bgs bli. Sbh ni xd,ble krim ke kak?

    BalasPadam
  2. kat GM KLANG ai 2 iman pergi jadik rambang mata la..mcm smua nk beli

    BalasPadam
  3. http://mimbarhatiku.blogspot.com/2013/05/selamat-hari-pekerja-3-in-1.html

    BalasPadam
  4. sy perasan yg ummi iman ni peka sgt dengan masalah kesihatan..selalu beli brg kesihatan macam ni..bagus betul..:)

    BalasPadam
  5. m3h ade sebiji..konon2 nk pkai pas bersalin ritu..sudahnye pkai sekali je..mls nk ngecas..haha

    BalasPadam
  6. assalamualaikum ummi....betul tu senang ada bantal ni mama pun beli 2 biji ...:)

    BalasPadam
  7. inilah yg mak cari...
    tapi tu lah takut yg beli tak elokkan..
    risau jugak guna2 pastu pecah...

    BalasPadam
  8. pernah adik belikan bantal ni utk mak guna.. mmg senang nak guna, saya pun kadang2 tumpang sekali :)

    BalasPadam
  9. Hai your post is really informative or helpful for me keep it up and check also my blog is very informative i write itself Trick Of Blogging

    BalasPadam
  10. mcm best je tau ne..ntahnak carikt mna d sabah ne...ingt nakbeli tuk mama.

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum,
    tengah cari benda ni...mana nak dapat tah hu huh uhu kalau nak, payah bebenornya. masa tak nak...bersepah jumpa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam. Ddk mana. Biasa ada jual kt pasaraya. Kalau kt kl n klg plaza GM ada

      Padam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...