بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Jumaat, 31 Mei 2013

Balasan dan seksaan meninggalkan solat

Assalamualaikum


Ya Allah jadikanlah aku, keluargaku, dan saudara seagamaku orang yang tidak meninggalkan solatnya. Amin.

BALASAN MENINGGALKAN SOLAT

"Apakah yang menyebabkan kamu semua masuk neraka Saqar ini? Mereka menjawab: Kami tidak termasuk golongan orang-orang yang bersembahyang." (AlMudathsir:42,43)


Barangsiapa yang meninggalkan sembahyang fardu, seksanya umpama:-

Subuh:
Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka jahanam selama 60 tahun.

Zuhur:
Dosanya seperti membunuh seribu orang Islam.

Asar:
Dosanya seperti meruntuhkan Kaabah.

Maghrib:
Dosanya seperti berzina dengan ibu atau bapanya sendiri.

Isyak:
Allah berseru kepada mereka, "Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi reda engkau tinggaldi bumi-Ku dan menggunakan nikmat-nikmat-Ku." Segala gerak-gerinya seperti pakai, makan, tidur adalah berdosa kepada Allah.


Seksaan Ketika Hidup Di Dunia

  • Allah kurangkan keberkatan umurnya.
  • Rezekinya dipersempitkan oleh Allah.
  • Tidak ada tempat baginya di sisi agama Islam.
  • Doanya tertolak.
  • Hilang cahaya soleh dari wajahnya.
  • Amal kebajikan yang dilakukannya langsung tidak diberi pahala.

Seksaan Ketika Sakaratul Maut

  • Ia akan menghadapi sakaratul maut dalam keadaan hina.
  • Matinya dalam keadaan menderita kelaparan.
  • Matinya dalam keadaan yang tersangat haus walaupun diberi minum air sebanyak tujuh lautan.

Seksaan Ketika Di Dalam Kubur

  • Allah akan menyempitkan kuburnya dengan sesempit sempitnya.
  • Kuburnya akan digelapkan.
  • Allah akan menyiksanya dengan pedih sehingga hari Qiamat.


Seksaan Ketika Berada Di Akhirat

  • Ia akan dibelenggu dan diseret ke padang Mahsyar oleh malaikat.
  • Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan belas kasihan.
  • Allah tidak akan mengampuni dosanya dan dia akan diseksa dengan keras di dalam neraka.

"Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim)


Tiga jenis seksa di dalam kubur :-
  1. Kubur akan menghimpit-himpit serapat yang mungkin sehingga berselisih tulang-tulang dada.
  2. Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api itu akan membelit dan membakar tubuhnya siang dan malam tiada henti-henti.
  3. Akan muncul seekor ular yang bernama "Sujaul Aqra" dan ular itu berkata:

"Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia-siakan sembahyang Subuh."

Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan sembahyang Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar, begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula. Demikianlah berterusan seksaan oleh Sajaul Aqra hinggalah hari Kiamat."


Sumber: http://masjidwilayah.gov.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...