بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Jumaat, 10 Mei 2013

Ayat-ayat Al-Quran buat pemerintah dan pengikut

Assalamualaikum

Ramai yang tidak faham dalam pemilihan ketua atau pemerintah. Jika kita membiarkan sahaja atau menyokong perbuatan mungkar yang mereka lakukan, kita turut menanggung dosa mereka. Fahami ayat-ayat Al-Quran di bawah. Kerana ini merupakan pesanan Allah.


Ayat-ayat Al-Quran buat pemerintah



Bermaksud:

“Katakanlah (Wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan daripada sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghinakan sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkau sajalah adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (Surah Ali-’Imran : ayat 26)

”Sesungguhnya Allah, menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebajikan serta menunaikan hak kaum kerabatnya dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Dia mengajar kamu (dengan suruhan dan larangan-Nya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhi-Nya..” (surah an-Nahli : ayat 90)

”Berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan belanjakanlah (pada jalan kebajikan) sebahagian dari harta benda, yang mana Allah telah menjadikan kamu sebagai wakil dalam menguasai dan menguruskannya. Maka orang-orang yang beriman di antara kamu, serta membelanjakan (sebahagian dari harta itu pada jalan Allah), mereka tetap beroleh pahala yang besar.” (Surah al-Hadid : ayat 7)

“Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).” (Surah al-Baqarah : ayat 188) 

“Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.” (Surah al-Isra’a : ayat 27)

“Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menetapkan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menetapkan hukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat. (Surah an-Nisa : ayat 58)

“(Lalu diperintahkan kepada malaikat penjaga neraka): Renggutlah orang yang berdosa itu dan seretlah dia ke tengah-tengah neraka .Kemudian curahkanlah di atas kepalanya – azab seksa – dari air panas yang menggelegak.(Serta dikatakan kepadanya secara mengejek): Rasalah azab seksa, sebenarnya engkau adalah orang yang berpengaruh dan terhormat (dalam kalangan masyarakatmu).” (Surah ad-Dukhan : ayat 47 hingga 49).


Ayat-ayat Al-Quran buat pengikut pemerintah yang zalim

“Dan Kami jadikan mereka ketua-ketua (dalam kesesatan) yang mengajak ke neraka (dengan kekufurannya), dan pada hari kiamat pula mereka tidak mendapat sebarang pertolongan.” (Surah al-Qasas : ayat 41)

“Kemudian orang-orang yang lemah (yang menjadi pengikut) kepada orang-orang yang sombong takbur itu akan berkata kepada mereka (yang menjadi pemimpinnya): Sesungguhnya kami telah menjadi pengikut kamu; maka adakah kamu dapat menolak daripada kami sedikit dari azab Allah?” (Surah Ibrahim : ayat 21)

"Dan mereka berkata lagi: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar.” (Surah al-Ahzab : ayat 67)

8 ulasan:

  1. yang penting kita dah tunaikan tggjawab memilih, sebolehnya inginkan pemerintah yang punya roh Islam tp ramai yang tak mengerti..mereka pula kata kita tak mengerti..

    BalasPadam
  2. TQ sharing..
    Tanggungjawab Pemerintah amat berat..

    BalasPadam
  3. assalamualaikum ummi...perkongsian yang menarik ni..;)

    BalasPadam
  4. Tanggungjawab pemerintah memang berat, tidak semudah berkata-kata..

    BalasPadam
  5. suke dgn komen tihara ..
    ya kita nak pemerintah yg boleh memerintah mengikut landasan islam .. kemungkaran dpt di sekat ..
    tapi seperti kata tihara .. kita pula dikatakan di katakan tidak mengerti sedangkan mereka sebenarnya sudah lupa lunas2 islam itu sendiri ..
    dlm erti kata lain , mereka tidak sedar akan kewujudan ayat diatas @ buat2 x sedar dan x tahu ..
    sedih kan ..
    tapi akak puas hati sbb akk sebagai pengundi , telah pun jalankan tanggungjawab mengundi kpd pihak yg sepatutnya .. supaya tidak menjawab diakhirat kelak .. siapakah pemerintah yg anda pilih .. adakah pemerintah yg mengekang kemusnahan atau mengalakkan kemusnahan .. subhanallahhhh

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...