بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Isnin, 13 Mei 2013

Al-fatihah buat mak itam

Assalamualaikum

Hari Sabtu 11 Mei bersamaan 1 Rejab, saya telah kehilangan seorang makcik (berumur 56 tahun) yang merupakan isteri kepada arwah Pak Itam saya (abang mak). Kali terakhir berjumpa pada majlis perkahwinan anaknya yang bongsu. Arwah berasal dari Sarawak. Selepas arwah Pak Itam saya meninggal (14 tahun yang lalu), arwah terus menetap di sini kerana anaknya tak mahu tinggal di Sarawak.

Patutlah seminggu dua ni saya asyik teringatkan arwah je. Terasa nak pergi ke rumahnya, tapi tertangguh-tangguh. Arwah ada sakit lemah jantung. Namun arwah nampak sihat dan tak pernah masuk wad. Cuma makan ubat sahaja. Arwah meninggal akibat sukar bernafas.

Pagi Sabtu tu, abang saya hantar anaknya (untuk diasuh). Bila panggil banyak kali senyap sahaja. Tak lama lepas tu arwah buka pintu. Dia kata dia pengsan dari pukul 6 pagi (2 jam). Arwah tinggal seorang sekarang selepas anak bongsunya sudah berkahwin. Lepas buka pintu, abang saya nak bawa pergi hospital. Tapi arwah tak mahu. Jadi abang saya telefon anaknya yang sulung. Lepas bawa pergi hospital, keadaan arwah semakin kritikal (wad icu). Doktor terpaksa tebuk lubang di leher arwah. Namun semuanya kuasa Allah. Akhirnya arwah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 3 petang.

Saya tak sempat jumpa. Sampai hospital arwah dah tiada. Cuma dapat tatap arwah yang sudah terbujur kaku. Arwah meninggalkan 3 orang anak. Yang sulung (lelaki) sebaya saya (anak 4 orang) Dua orang lagi perempuan. Yang nombor dua masih belum berkahwin.

Bila semakin meningkat usia ni, ada sahaja berita kematian. Terasa kerap pula. Pasti sedih sepupu-sepupu saya tu kerana tak lama lagi nak sambut Ramadhan dan Syawal. Tiada lagilah laksa Sarawak yang sentiasa kami tunggu arwah masak di hari raya. Semoga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya dan di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Al-fatihah.

UI: Gambar arwah boleh dilihat dalam entri INI (arwah pertama dari kiri).

8 ulasan:

  1. Al fatihah buat mak itam ummi..

    BalasPadam
  2. Al fatihah.....moga rohnya bersama orang2 beriman Amin.....

    BalasPadam
  3. takziah ya ummi iman..moga tabah hadapi ujian ini..
    mudah-mudahan roh arwah ditempatkan dikalangan org yg beriman..aminn...Al-Fatehah...

    BalasPadam
  4. Moga rohnya dicucuri rahmat Rose. Sedih juga bila duduk sendirian mujur ada yg inform anak dia...

    Takziah dari kakak.

    BalasPadam
  5. al-faihah moga rohnya dicucuri rahmat ...

    BalasPadam
  6. assalamualaikum ummi...al-fatihah yer,,,:(

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...