بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Rabu, 24 April 2013

Ulangtahun perkahwinan yang ke-14

Assalamualaikum


Alhamdulillah hari ini adalah hari ulangtahun perkahwinan saya yang ke 14 bersama AI. Kebetulan tarikh yang sama dengan perkahwinan mak dan arwah abah. Tak sangka cepat sungguh usia ikatan ini bertambah. Banyak kenangan dan pengalaman yang kami lalui bersama. Yang paling indah selain bergelar suami isteri adalah dengan kehadiran Iman dalam hidup kami. Memang tidak dapat digambarkan kegembiraannya. Syukur pada Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Harapan kami agar ikatan kasih sayang ini sentiasa dilimpahi rahmat, diberkati, diredhai dan lindungi dari kejahatan oleh Allah. Semoga ianya terus utuh dan bersatu di dunia dan akhirat, Inshaallah.

Kali ni kami hanya wish melalui handphone sahaja disebabkan AI tiada di sini. Kini AI berada di Iraq. Anniversary biasa takde hadiah. Cuma keluar makan je. Biasa saya yang wish dahulu lepas sahaja jam 12 malam. Bagi saya tak kisah siapa dulu kalau kita mahu yang terbaik dalam hubungan kita. Mesti suami kita rasa isterinya sayang dan menghargai dia, begitu juga sebaliknya mesti isteri rasa yang sama. Takde bezakan,  yang penting sama-sama sayang :) kalau ada yang duk tunggu je suami wish, lama-lama sendiri yang merajuk ;) orang lelaki ni kadang terlupa. Tapi kalau kita tanya mesti dia ingat ;) kalau ada yang sentiasa ingat, itu bonus lah buat isterinya.

Gambar perkahwinan kami buat yang belum melihatnya :)

10 ulasan:

  1. Happy Anniversary Rose.. moga sentiasa berbahagia selalu :)

    BalasPadam
  2. mg ikatan berkekalan... amin...

    BalasPadam
  3. selamat ulangtahun..moga kekal bahagia :)

    BalasPadam
  4. tgk gmbr dulu AI nmpk lain je.kak rose pun.hehehe

    BalasPadam
  5. HAPPY ANNIVERSARY... KURANG 7 TAHUN KAMI HIHIHIHI...
    SEMOGA IKATAN PERKAHWINAN AKAK KEKAL SELAMANYA

    BalasPadam
  6. Selamat ulangtahun perkhwinan kak...

    BalasPadam
  7. selamat ulangtahun ummi n ayah iman.bahagia hingga ke jannah..:)

    dh 14tahun usia perkahwinan.advance sekali ganda dr sy..:)

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah pelayaran yg indah dilalui walau ada likunya kan Rose. Moga terus mendapat keberkatan.

    Selamat ulangtahun pekahwinan ucapan khas buat Rose dan AI (sorry lambat sehari).

    BalasPadam
  9. Tahniah Ummi Iman..Happy Anniversary!..moga kekal hingga Jannah.. pejam celik dah 14 thn..:)

    BalasPadam
  10. tahniah moga kekal bahagia hingga ke syurga yer

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...