بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Rabu, 24 April 2013

Trick Art Museum iCity Shah Alam kami datang

Assalamualaikum


Hari Sabtu minggu lepas saya ajak adik ke iCity, Shah Alam. Tujuan utama nak masuk Trick Art Museum. Saja tengok apa yang ada dan apa yang dinamakan lukisan 3D. Bayaran masuk RM5 seorang. Kanak-kanak dengan ketinggian 3 kaki / 90 cm ke atas dikenakan bayaran yang sama juga. Iman cukup-cukup je dengan ketinggian tu. Jadi kenalah bayar. Untuk yang nak tahu, waktu operasinya dari pukul 11 pagi - 11 malam. Hari minggu sehingga jam 2 pagi.

Ok jugalah masuk sini. Teruja juga tengok hasil seni mereka. Yang menghairankan dinding dan gambar di situ ada yang dah cacat. Sampai berlubang gambar dan ada kesan cap jari. Sayang kalau tak  jaga elok-elok.

Di bawah gambar yang diambil sebagai kenangan. Untuk lebih jelas (besar) klik pada gambar yang terpaksa dikecilkan kerana banyak sangat. Macam biasa untuk saya yang tiada kamera ni, khidmat kamera iPad sahaja digunakan. Kalau ada kamera DSLR pasti nampak lebih menarik.

 
 
 


11 ulasan:

  1. tak puas tgk gambar kecik² jer... murah kan tempat ni... tp syg x pernah pg pun i city ni, muzium ni buka waktu siang jer ker?? atau malam pun ada...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Klik je digambar tu Masya, nanti besarlah ;) byk sgt tu yg kecilkan.
      Buka sampai 11 malam untuk hari biasa dan pkl 2 pagi untuk hari minggu.

      Padam
  2. wah menarik.. kat I city rupanya.. bayaran pun sgt berpatutan... Apa kurangnya ambil gambar dgn iPad, cantik juga tu :)

    BalasPadam
  3. mmm vandalisma ada dimana2...sy pn xpernah pegi

    BalasPadam
  4. da 2 blogger up citer ni... gayanyer kena p jugak3 ni sbb hati meronta2 gitu he3

    BalasPadam
  5. Kakak teringin nak bawa anak-anak ke sini Rose. Tak ada security yg jaga ke? Sayang kalau dirosakkan begitu..

    BalasPadam
  6. bestnyaaaaaaaaa
    teringinn nak gi ...
    cantik2 pic adik nie
    hurmm tgk jelah huhu

    BalasPadam
  7. nape gambo kecik2, heee..
    comel dan spoting anak-anak, pandai bergaya :)

    BalasPadam
  8. dulu tak ada...
    teringin nya nak pergiii

    BalasPadam
  9. tempat yg menarik gak ni utk dikunjungi..klu dekat2 area sana bley la p.ni jauh yg amat.hehe..

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...