بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Isnin, 29 April 2013

Titik urut refleksologi kaki

Assalamualaikum

Dah lama tak pergi urut tapak kaki. Seronok juga sekali sekala manjakan kaki. Kini ramai tukat urut perempuan. Cuma perlu hati-hati kena cari yang betul-betul mahir. Pernah sekali salah urat. Masa tu arwah nenek ada lagi. Arwah tolong betulkan balik. Boleh pula ibu jari kaki tu tiba-tiba bergerak sendiri.

Bercerita tentang urut, saya pernah mengikuti kursus urutan tajaan MARA di Butik yang terletak di Bangi dan juga urutan Aromaterapi di UTM, Jalan Semarak. Memang seronok masa belajar. Bila dah buat betul-betul, penat dan sakit-sakit badan juga dibuatnya.


Ada juga yang saya tak faham. Jadi saya tulis di sini sebagai rujukan.

3 : Trakea (saluran pernafasan)
10 : Diafragma (otot utama yang digunakan untuk pernafasan, yang terletak bawah paru-paru)
12 : Limpa
18 : Usus kecil
20 : Saraf sciatic adalah saraf yang terbesar dan paling lama dalam badan dan sciatica (sakit sepanjang saraf sciatic) boleh menyebabkan kelemahan, kebas, kesemutan dan kesakitan.

Kalau rajin boleh urut sendiri ;)

12 ulasan:

  1. rajin ummi iman belajar mengurut..gaya macam dh boleh bukak spa nie..hehe

    BalasPadam
  2. nak tanya la, cikgu selalu jugak sakit kat area tumit tu- saraf sciatic. so cam mana nak rawat yer? memang masa awal2 dulu kaki tangan rasa kebas. sekarang kebas tu dah tak der tapi ada rasa macam menyucuk, pastu kekadang tapak kaki rasa macam berpasir pastu ada gak tempat2 tertentu rasa macam kena gigit2 ....kalau2 la ummi iman tahu, share la dengan cikgu yer

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pernah juga rasa mcm tu, tp sekejap je. Saya cadangkan ambil pil kalsium. Sebab lps makan kebas2 tu hilang.

      Padam
    2. ooo ui makan pil kalsium brand apa? hari tu macam dah ok, ni sampai ke lidah rasa kebas2, menyucuk nyucuk

      Padam
  3. nak belajar ngurut mcm ne...akak ne ble buka spa pasne.panggil eca wat review ye.ahhaha~

    BalasPadam
  4. urut sendiri lagi best dari duk atas kerusi urut kan :)

    BalasPadam
  5. oic bergerak sendiri...

    iyalah skrg ramai dh yg perempuan.. baru ni ada dtg opis siap buat demoo urutan.. bayar pun seikhlasnya...

    BalasPadam
  6. Best juga belajar urut ni...
    suka buat refleks ni..lega je lepas urut kaki..:)

    BalasPadam
  7. Nur tak pernah cuba...
    tapi Nur tahu mesti sakitkan bila guna kaedah ni...

    kasut khas tu pun nur pakai tak tahan sakit..huhuh

    BalasPadam
  8. nanti nak tunjuk gambar ni kat hubby... nak suruh dia urut yg no 20 tu.. mudah sgt rasa kebas lately

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...