بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Selasa, 30 April 2013

Terkejut ummi dengar Iman sebut KAYA

Assalamualaikum

Dah lama Iman tak pakai jubah ma tok bagi ni.. dah singkat pun. Yang menarik dia tak merungut pun bila suruh pakai. Faham-fahamlah, kalau tidak asyik baju angry birds je. Iman cuma cakap 'white' mi..

Berbalik pada tajuk, alkisahnya Iman menyusun kereta mainan dia. Saya tanya warna apa kereta-kereta tu. Alhamdulillah dah kenal warna. Lepas tu terdengar Iman cakap (masa ni ummi dia buat kerja lain). "banyak kereta Iman... kaya". Saya pun apa lagi terkejut besar. Sebab saya tak pernah ajar atau sebut pada Iman soal kaya atau miskin. Agaknya mana dia belajar ya? Mana pula dia tahu kalau banyak harta tu bergelar orang kaya. Kecil-kecil dah pandai.

Inilah kereta orang kaya Iman ;) ummi harap agar Iman kaya ilmu (dunia akhirat) dan akhlak.

Sekarang ni, Iman semakin bijak bercakap. Kalau tengok ummi dia tak mandi lagi, Iman cakap "mi... mandi mi.." biasanya dia sebut lepas saya mandikan dia. Kalau saya dah mandi "mandi dah ummi" :) Nak tergelak je bila dengar anak bercakap kan.

Setahu saya cuma ada satu dialog ummi dia bercakap tentang kaya. Masa tu mak dan adik saya nak makan roti dirumah. Saya buat joke. "Rumah ni takde kaya (yang sapu kat roti tu), sebab bukan rumah orang kaya". Diorang gelak-gelak je dengar.

Soal kaya atau miskin memang saya tak suka buat perbandingan. Itu semua urusan Allah dan hambaNya. Yang penting redha dan bersyukur dengan kehidupan masing-masing.

6 ulasan:

  1. kalau macam ni lah beratur kete..memang kaya sangat2 ni

    BalasPadam
  2. kaya..kaya..kaya.. hiihi berderet kereta dia.. mmg unur cam nie,,makin petah mereka berbicara

    BalasPadam
  3. 6 biji kereta ..memang kaya tu..

    BalasPadam
  4. Setuju ngan Iman, tgok tu 6 smpai 6 biji, akak sendiri tak berkemampuan nak beli kereta byk2

    BalasPadam
  5. iman org kaya yng beriman mcm abu bakr as siddiq dan umar n ramai org kaye lagilah yg infaq harte jln Allah! ;)

    BalasPadam
  6. yg ummi ckp kaya Jem...
    tapi pandai pula iman guna kaya untuk kereta maianan dia yg byk tu ye...hihihi....

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...