بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Rabu, 10 April 2013

Tarikh mengundi PRU13

Assalamualaikum

Akhirnya pada jam 12:37 tengahari tarikh PRU13 diumumkan pada hari Ahad, 5 Mei 2013 setelah Parlimen dibubarkan pada 5 April yang lalu. Manakala hari penamaan calon pada 20 April 2013. Lama juga menanti, terasa pula debarannya. Harapnya semasa PRU13 ini semuanya berjalan dengan lancar. Tiada perkara yang tidak baik berlaku. Fikirlah kita hanya menunaikan tanggungjawab untuk memilih. Bukan untuk mencari masalah sesama kita.

Seperti yang diberitahu di media:
  1. Datang awal (masa mengundi jam 8.00 pagi - 5.00 petang)
  2. Tidak memakai baju yang mempunyai logo parti
  3. Pakai pakaian yang sopan
  4. Lepas mengundi terus beredar dari tempat mengundi
Itu je lah yang saya ingat..

Untuk semak nama dan tempat mengundi sila ke http://daftarj.spr.gov.my

Selamat mengundi :)

p.s: tak dapatlah AI mengundi tahun ni.

10 ulasan:

  1. selamat mengundi.. akhirnya terjawab sudah...

    BalasPadam
  2. suspen giler tggu tarikh pengundi...
    sekrang dah terjawab...
    tapii nory tak daftar pon...hehehe

    BalasPadam
  3. huhu..xsabar nak balik mengundi neh

    BalasPadam
  4. Ayah Iman undi pos ke Rose? Hihi.. kakak boleh teringat macamana Rose pergi sendiri undi kelak bertemankan Iman aje agaknya...

    BalasPadam
  5. Saya pun tak mengundi kali ni.. malas nak turun London utk undi pos, hehehe
    Selamat mengundi, undilah dgn bijak :)

    BalasPadam
  6. assalamualaikum ummi...akhirnya selamat mengundi yer...;)

    BalasPadam
  7. ini kalilah!

    p/s: kak nur undilah kak nur!!! undimu sungguh berhrge dgn AI ehehh ;)

    BalasPadam
  8. Nur pertama kali ni...
    Teruja jugak.. :)

    BalasPadam
  9. semoga dipermudahkan kepada kita untuk menunaikan tanggungjawap ini

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...