بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Jumaat, 5 April 2013

Restoran Nasi Arab Naoura, Harbour Place Klang

Assalamualaikum


Semalam makan nasi Arab di Restoran Naoura yang terletak di tingkat 1, bangunan Harbour Place, Klang. Kedai ni kepunyaan orang Maghribi. Sebelum ni masa pergi sini, takut nak masuk ;) sebab kedai baru. Semalam tiba-tiba teringin pula nak cuba. Kedainya besar dan cantik.

Inilah dia restorannya.. Menarikkan?

Buat yang pertama kali nak cuba, jangan takut.. harganya taklah terlalu mahal. Kadang bila kedai nampak terlalu cantik macam ni orang takut nak masuk. Lebih-lebih lagi bila tengok tak ramai customer. Boleh tengok dulu menu dan harga yang di letakkan di meja sebelah kiri gambar ni.

Ini menu yang saya order. Lamb Mandy yang berharga RM16.50. Share berdua dengan AI ;) biasalah nasi Arab, mesti banyakkan nasinya. Lagi pun AI dah makan di office. Dia cuma take away shawarma. Lembut rotinya.

Rasanya memang sedap. Betul-betul original Arab. Daging kambingnya pun lembut dan tidak berbau. Tengok saya dah makan kambing kembali gara-gara entri sebelum ni ;) AI terkejut juga. Dia kata berani makan kambing. Lepas explain, AI yang mulanya takut pun jadi berani nak makan ;)

Air buahnya pun sedap. Saya order apple dan AI orange juice. Harganya RM8 segelas. Tapi puashati lah sebab rasanya memang sedap dan pekat.

Pelayan restoran ni tak pandai cakap Melayu. AI tanya, rupanya orang Sudan. Untuk makluman AI pandai cakap Sudan sebab pernah kerja di sana. Terkejutlah pelayan tu ;) mereka ni rupanya student yang belajar di UPM. Bakal doktor dan engineer yang buat part time di sini katanya.

Lepas ni boleh datang lagi...

14 ulasan:

  1. nnti nak gi makan lah..betul ckp rose,tengok kedai takut nk masuk..takut mahaii..hehehe.. balik2 nasi ayam penyet..dpt jugak info pasal restoren ni..t.q rose..ana nak makan nasi a'rab la...

    BalasPadam
  2. ok je gambar2nyer, KA pun suka nasi arab ni cuma mmg quantity nasinyer agak banyak kan !

    BalasPadam
  3. air buah kat kedai arab biasanyer mmg super sedap, cuma mahal la... tp berbaloi2 kan sbb sedap amat...

    BalasPadam
  4. Kakak suka nasi arab. Daging kambing memanglah yg paling suit kalau makan dgn nasi arab ini Rose. Tempat kakak sini tak banyak pilihan macam di sana.

    Kakak tengok pun dah terliur dah..

    BalasPadam
  5. portion utk nasi arab mmg banyak, kan? Macam kami satu family biasanya order dua pinggan jer, lepas tu minta pinggan kosong :)

    BalasPadam
  6. Salam mesra. Marilah berkunjung ke CemmomileNiaga.blogspot.com. Pelbagai barangan ada dijual.

    BalasPadam
  7. Ooo.. ada kedai arab rupanya kat situ. Dah lama tak g mkn kat H Place, last mkn di sana makan kat restoran cina Muslim tu :D

    BalasPadam
  8. akk pun suke nasi arab ..
    tapi x pernah makan di rest .. biasa kawan2 yg masak bawa ke kolej :)

    BalasPadam
  9. nasib ayah iman pandai speaking sudan..betul tu klu tgok restoren besar n nmk eksklusif mmg takut nak masuk..:)

    BalasPadam
  10. bila agaknya sis nak belanja ta hehehe.gurau je sis.

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum..boleh sesiapa share info kedai ni

    Masih bukak lagi ke?
    Atau ada nom telefon kedainya

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum..boleh sesiapa share info kedai ni

    Masih bukak lagi ke?
    Atau ada nom telefon kedainya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam. Masih buka lagi kedai ni..

      Padam
    2. Waalaikumussalam. Masih buka lagi kedai ni..

      Padam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...