بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Selasa, 30 April 2013

Pemberian kawan, suami pulang dari Mekah

Assalamualaikum

Ingatan ikhlas dari seorang kawan.

Semalam kawan sekolah rendah saya yang juga merangkap jiran tetangga saya sms nak bagi air zam zam dan kurma katanya. Selalu dia kata saya tiada di rumah. Saya kata kalau takde tu, saya pergi rumah mak. Malam tadi lepas sms dan tahu saya ada di rumah, dia minta tolong anak dia hantarkan pemberian dalam gambar di atas tu. Kawan saya tak pergi. Yang pergi suaminya sahaja sebagai teman dan penjaga ibu dan bapanya menunaikan ibadah umrah di sana.

Terharu sebab orang ingat pada kita dan ianya dari tanah suci mekah. Selalu juga dapat sesuatu dari Mekah. Bila terima mesti rasa terharu. Tak tahu kenapa. Dapat terus minum air zam zam dan buah kurma serta buah tin tu bersama Iman. Ada majalah mengenai Mekah. Yang ni buat saya tiba-tiba rasa seperti petanda untuk saya ke sana. Sebenarnya niat dah lama nak tunaikan umrah. Tapi itu lah Allah lebih mengetahui. Harapan saya semoga impian saya tercapai juga nanti. Inshaallah. Amin.

7 ulasan:

  1. mg pemberian itu menguatkan lagi kak ros nak kesana...mg dipermudahkan..aminn

    BalasPadam
  2. Bila niat dan tekat dah ada tak lama pasti akan dapat pergi Rose - insya-allah..

    BalasPadam
  3. bila dah ada niat insyaallah allah permudahkan kan...

    BalasPadam
  4. InsyaALLAH, one sweet day giliran akak plak...=)

    BalasPadam
  5. ai tu akk iman balik mekah pon pon bwk kan souvnir dpt jubah ngn shawl gak

    BalasPadam
  6. insyaAllah....
    Nur pun teringin nak ke sana...

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...