بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Sabtu, 27 April 2013

Nama calon tarik diri PRU 13 tetap dicetak

Assalamualaikum


Tarikh mengundi PRU 13 semakin hampir. Undang-undang SPR yang baru, calon yang menarik diri ketika bertanding, namanya akan tetap dicetak dalam kertas undi berbanding sebelum ni yang mana lawannya akan dikira menang tanpa bertanding jika satu lawan satu.

Sepatutnya dari dahulu dilaksanakan undang-undang macam ni. Lebih elok sebelum penamaan calon lagi dah umum undang-undang baru ni. Buat apa daftar sebagai calon kalau tidak mahu bertanding. Lagi satu kalau boleh mansuhkan sahaja calon atas parti Bebas. Tak tahu apa motif diorang masuk bertanding. Tengok logo pun, gambar gajah, pokok, pensil. Nampak sangat saja nak mengganggu proses pilihanraya. Ini kali banyak betul calon Bebas masuk bertanding. Hairan juga saya.

Nama-nama calon yang menarik diri untuk PRU 13:
  1. Hadnan Mohamad (PAS) : Parlimen Labuan
  2. Mohd. Shamsul Mat Amin (PKR) : DUN Bukit Besi
  3. Mohamed Abdul Ghani Ibrahim (PKR) : DUN Kota Putera
  4. Ahmad Nazri Mohd. Yusof (PKR) : DUN Seberang Takir
  5. Che Johan Che Pa (UMNO) : Parlimen Pasir Mas
  6. Arshad Kassim (Bebas) : DUN Batu Maung
  7. Ng Lam Hua (Bebas) : DUN Mengkibol
  8. Sim Tong Him (Bebas) : Parlimen Kota Melaka
  9. R Rajendren (Bebas) : Parlimen Gelang Patah
  10. Low Tan (Bebas) : DUN Permatang

5 ulasan:

  1. berat nananglah ui yg bebas tu..lagi2 berjasa..aduhhh hangpa yg duk tanding bebas ape kejenyeeee...benarlah kite akhir zaman ade 73puak hanye satu puak yg masuk syurga..muge kite semue tergolong dalam yg satu puak ke syurga tuh! ;)

    BalasPadam
  2. pasal parti bebas tu nur sokong..
    mmg pelik2 la lambang diorg..
    kat sini ade lambang kunci...

    BalasPadam
  3. Peraturan ini telah diumumkan sebelum hari penamaan lagi. Jadi kenapa pulak ada yg mempertikaikannya? Semua orang kenalah mematuhi syarat dan panduan yg ditetapkan.

    BalasPadam
  4. lambang macam2 tu entah orang nak pangkah pun tak tau yg mana satu.no komen..:)

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...