بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Ahad, 7 April 2013

Mengisi waktu Iman tanpa AI

Assalamualaikum

Nampak matang tengok gaya Iman dalam gambar ni. Sebenarnya dia saja posing macam tu ;) Tiada ambil gambar untuk aktiviti hari ni. Mood ummi dia pun sama macam Iman juga ;) Ni pun gambar minggu lepas.

Baru-baru AI tiada ni, Iman macam biasa bangun tidur je cari ayah. Mesti nak naik tingkat atas cari ayah. Terpaksalah ingatkan dia yang AI kan dah naik kapal terbang. Mujur ada Faris, seronok lah ada kawan.

Petang Sabtu (semalam), saya pergi rumah adik (Ogy mama Faris) ajak dia keluar. Tak tahu nak ke mana, akhirnya saya bawa mereka ke Tasik Titiwangsa. Cuaca kurang baik pula semalam, kejap hujan kejap tak. Sampai Titiwangsa nampak lagi orang jual Durian Crepe. Adik saya belum pernah makan. Jadi saya suruh dia beli. Dah beli makan dalam kereta. Suka anak-anak dia makan. Sedap macam aiskrim katanya ;)

Masa ni mak saya sms. Rupanya mak saya dan adik (Ain) ada di KL juga. Mereka nak pergi rumah adik arwah ayah saya. Tapi makcik saya tu tiada di rumah. Pergi Kuantan, lawat anak yang belajar di sana. Jadi mereka pun datang jumpa kami di Titiwangsa.

Masa mereka sampai hujan dah berhenti, jadi kami ramai-ramai tengok orang main kereta remote control. Iman paling suka nak tengok. Bila hujan mula turun kembali, kami pun beredar. Tak dapatlah anak-anak kecil main di taman dan saya yang nak exercise di situ :(

Malas nak terus balik memandangkan hujan makin lebat. Lagipun dah hampir nak masuk waktu maghrib. Saya pun bawa mereka ke Jaya Jusco AU3. Di situ saya bagi peluang anak-anak kecil main di playground yang terletak dalam food court. Iman punyalah seronok sampai tak mahu makan. Yang lain berhenti juga makan. Anak-anak kecil ni cepat dapat kawan. Iman pun dapat kawan juga. Siap babai lagi kawan dia tu bila nak balik :)

Lepas puas mereka main, dan perut masing-masing di isi. Kami pun gerak balik. Iman yang kepenatan tidur lena atas kereta. Sampai rumah bila terdengar suara anak adik (Ain yang tidur di rumah saya bersama mak) Iman terjaga. Terus tanya mana Ayis, mana Fahrin. Saya cakap mereka dah balik. Terus sambung tidur balik. Penat sangat main tadi.

Itu je lah yang mampu ummi dia buat untuk hiburkan Iman agar dia tak teringat AI. Baru-baru terasa lagi. Lepas 3 hari oklah Iman.

5 ulasan:

  1. Okaylah tu..sekurang2nya masa iman terisi..
    kalau duk rumah je, nanti teringat ayah pulakan..

    BalasPadam
  2. haah, nanti lama-lama ok lah tu :)

    BalasPadam
  3. bukan anak jer kesunyian, mamanyapun pasti sama kerinduan, itulah pengorbanan.. (akak bygkan berada di kedudukan yang sama..)

    BalasPadam
  4. kesian kan....bila anak2 tak pernah berpisah ngan ayah....insyaallah lama2 oklah tu.....

    BalasPadam
  5. biasala..mula2 kna tinggal tringat2 lg..bila dh 2-3 har tu, dia akn ok..lg2 klo dia ada kawan n sibuk dgn xtvt kan..

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...