بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Jumaat, 19 April 2013

Macam ni kunci kereta secara manual lebih selamat

Assalamualaikum

Alat yang digunakan untuk membuka pintu kereta

Saya cuma nak berkongsi apa yang saya lihat dan baca di facebook baru-baru ni. Sekarang ada alat yang boleh buka pintu kereta. Sebenarnya alat ini ada di jual dengan tujuan untuk membuka kereta yang telah hilang kuncinya. Kalau tak percaya boleh tengok di alibaba.com. Alat ini boleh membuka kereta model Toyota Lexus, VOLKSWAGEN, Honda, Hyundai, Nissan, Suzuki Swift, General, Kia, Series. Jadi memang mudah lah buat mereka yang hendak mencuri ambil kesempatan. Perlu ke jual alat ini?

Jadi berhati-hatilah dan tingkatkan ciri-ciri keselamatan kereta kita. Boleh pasang kunci tambahan dalam kereta, macam di stereng dan gear. Macam kami, kereta memang dah lama, takde dalam senarai di atas pun :) dulu buka pintu auto, sekarang ni buka secara manual je ;) Bila fikir balik yang manual tu lebih baik. Sebab apa? Bila kita buka pintu. Tak semua pintu terbuka. Jadi kurang risiko orang buka pintu yang lain untuk berniat jahat. Namun ada juga button untuk buka semua pintu (auto) dalam kereta. Sebenarnya jadi macam tu sebab alarm kereta dah rosak ;)

10 ulasan:

  1. assalamualaikum ummi...kena lebih berhati2 lepas ni...;)

    BalasPadam
  2. mmm setuju.sy slalu pun buka tutup manual je...mmg lebih selamat

    BalasPadam
  3. saya fobia btl kes² mcm ni.. suami berhenti pg bank mesti kunci kereta walaupun kami ddk dlm kereta sahaja, kdg isi minyak pun tkt jugak... iyelah x lockkan org kalau dah terdesak mcm² dia buat x pikir apa dah..

    BalasPadam
  4. Nur hari2 pasang kunci tambahan pada kereta..
    risaulah, sebab kereta harga dia bukan seringgt dua...
    mahal....

    jadi sebelum belaku benda yg tak di ingini, baik kita cegahkan..

    BalasPadam
  5. Kakak memang guna auto senang picit remote tit-tot dah tinggal... bila tengok ni takut pulak.

    BalasPadam
  6. huwaa. mcm2 cara orang jahat ni...
    kena beringat la bagi yg pakai kereta :)

    BalasPadam
  7. kena beringat selalu..sayang woo kete

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...