بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Selasa, 30 April 2013

Khasiat kacang bendi

Assalamualaikum

Saya salah seorang penggemar bendi. Selalu rebus dan cecah dengan budu. Memang menyelerakan. Kalau letak dalam masakan asam pedas dan kari pun sedap. Terasa nak makan bendi pula. Tak sangka banyak juga khasiatnya.

Antara khasiat bendi ialah:

1. Berupaya menstabilkan kandungan gula dalam darah.
2. Ia dapat mencuci hati.
3. Membantu melicinkan bahagian dalam usus besar.
4. Mengurangkan masalah sembelit terutama di kalangan warga tua.
5. Membantu pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus.
6. Sejenis sayuran yang amat baik untuk mereka yang murung, keletihan dan rasa tidak selesa.
7. Mengurangkan risiko mendapat radang paru-paru dan sakit kerongkong. 
8. Membantu meneutralkan asid dalam badan kerana bendi bersifat alkali.
9. Membantu mengurangkan masalah penghadaman.
10. Membantu merawat ulser dan mengurangkan kekejangan pada bahagian sendi.

Sumber : Facebook

13 ulasan:

  1. Assalam...kak lama xjalan sini.kak kalau org yg ada mslh keputihan xd galakkan mkn bendi kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pernah pula akak dengar. Yg akak tahu bendi boleh mengawal pembiakan kuman pada rahim

      Padam
  2. sedap bndi mkn dgn gulai..hehe

    BalasPadam
  3. peberet nih...acar bendi pun sedap..tapi sy buat xsesedap mak buat..selalu balik kg/mak dtg rumah minta mak buat acar bendi...nyum...nyummm...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pertama kali dgr buat acar. Kongsi lah resepi :)

      Padam
    2. acar mmg sedap tp akak tak pandai masak

      Padam
  4. suka jugakk makan .. masak maggie pun saya letak hahahaha... hubby redhoo jer makan.....

    psstt.. petua orang dulu².. kalau dah sarat mengandung tunggu hari nak bersalin elok amalkan makan sayur ni... rebus atau masak terpulang.. org kata nnt laluan kat bahagian baby nak keluar tu senang x pastilah betul tak huhuhuhu..

    BalasPadam
  5. mmg feveret KA paling bagus amalkan makan bendir rebus waktu pregie, in SHaa Allah mudah melahirkan !

    BalasPadam
  6. Kakcik suka makan bendi asal jangan terkena yang keras dan liat. :)

    BalasPadam
  7. buat ulam mmg sedap//.. masak dlm kari pun sedap..nak nakyg masih muda..rangup jew

    BalasPadam
  8. X brapa suka sbb mcm berlendir...

    BalasPadam
  9. lama dah tak makan bendi bese buh dalam kari..nice sharing :)

    BalasPadam
  10. byk khasiat bendi ni ye...
    kalau buat rebus mmg sedap..
    haihh..lapo lak rasa..kikiki

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...