بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Isnin, 15 April 2013

Iman muntah dan demam

Assalamualaikum

Dah lama tak update blog ;) macam biasa bila ada aktiviti memang tak online. Kalau online pun jeling-jeling je ;) itu je yang sempat dalam masa beberapa minit. Hari Jumaat lepas pergi SUK lagi. Hari tu dokumen tak lengkap.

Hari Sabtu pergi kampung bawa mak (Telok Gong) ada bacaan yassin. Lepas hantar mak, saya, Iman dan adik serta anak-anaknya menunggu di Masjid. Solat dan berehat ;)

Dari kampung pergi ke Banting pula, masa ni lah Iman dah start muntah. Iman ni mabuk kereta. Kalau naik kereta memang tak tengok luar. Lagi pun sekarang cuaca panas. Hari tu makan pula junk food rumah pak long dia. Atas kereta asyik cakap pening je. Sampai rumah pakcik di Banting, Iman muntah lagi. Masuk je susu atau air mesti keluar.

Balik dari Banting masih lagi muntah. Akhirnya pukul 3 lebih (pagi) saya bawa Iman pergi Hospital Pantai, Klang. Mujur ada kad insurans ING (syarikat AI bekerja). Disebabkan Iman masih boleh makan dan minum dan aktif. Doktor hanya bagi ubat. Masa ni Iman baru mula demam. Tekak dah merah.

Kena bagi ubat tahan muntah dulu. Kalau tidak masuk je keluar balik. Hari ni, alhamdulillah Iman mula nampak ok sikit. Harap Iman cepat sembuh. Bila muntah kena baju angry birds dia, mesti cakap "habis baju angry birds" :) itu yang dia pentingkan.

Doakan Iman pulih sepenuhnya ya..

8 ulasan:

  1. Sayang betul dia dgn baju AB dia ye... tapi kesian kalau asyik muntah aje. Harap terus sembuhlah Iman selepas dah makan ubat.

    Ada petua jgn muntah dlm kereta Rose. Sebaik masuk aje kereta bagi dia kemam gula pasir jgn kunyah tapi biar larut sendiri telan... tapi Iman masih kecik boleh buat ke..

    BalasPadam
  2. ehe sakit2 pun angrybird jugak yg dia cari ye..ehehe
    insyaallah semuanya selamat tu... ;)

    BalasPadam
  3. saya doakan iman cepat baik, kalau iman muntah lg jgn bg minum susu, akak buatkan sirap atau bg minum air bali.. perut dia kosong tu.. x blh terima susu angin menolak sbb tu muntah.. dulu doktor pesan kat saya.. sebab pernah kene kat anak.

    BalasPadam
  4. cepat sembuh ye iman..aiman nipun mmg selalu muntah.klu batuk sikit mmg keluar balik makanan yg dia makan.sejak dr kecik macam tu.pantang silap sikit..tp Alhamdulillah la jarang demam

    BalasPadam
  5. moga iman cepat sembuh ye..
    rajin2 makan ubat

    BalasPadam
  6. kesian iman... moga cepat baik..

    BalasPadam
  7. moga iman cepat sembuh...
    jaga time ubat dia...
    skrang panas kak..

    bg iman minum air byk...

    BalasPadam
  8. As salam Kak ruse,

    Syafakallah Iman... kesiannye dia..

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...