بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Jumaat, 5 April 2013

Iman menangis kena tinggal lagi...

Assalamualaikum

Gambar trip sebelum ni ;) hari ni takde ambil gambar pun. Tak sempat. Buat susu Iman :)

Tadi lepas Asar, saya dan Iman hantar AI ke KLIA setelah 15 hari bercuti termasuk hari tiba dan pergi kembali. Rasa sekejap je masa. Masa AI ada memang Iman nak berkepet je. Seronok lah AI ada, dapat naik motor. Ummi dia tak pandai. Pernah belajar dengan AI dulu.. tapi asyik nak masuk semak je.

Seronok dapat pergi surau. Kalau lalu depan surau masa AI takde mesti dia ajak ummi dia. "mi.. jom semayang". Tapi saya tak pergi sebab siang memang takde orang perempuan. Malam tak tahulah. Yang saya lihat sebelum ni takde, melainkan ada program di surau. Saya cakap dengan Iman tunggu AI balik. Kalau surau pasaraya tu biasalah ;) dia teringat AI kot tu yang dia ajak.

Merepek dah.. sambung balik. Sebenarnya AI tak bagi hantar sebab kesian dengan Iman. Dah tentu dia menangis. Tapi saya cakap kalau dia tak nampak AI pergi mesti dia lagi sedih. Tadi hantar di luar je.. lepas AI pergi memang meraung lah "ayah... ayah". Sampai terpaksa telefon AI. AI kata "kesian.. tu lah dah cakap tak payah hantar". Masa AI cakap dengan Iman, dia berhenti menangis sekejap. Lepas habis je, menangis lagi. Akhirnya saya yang sedang drive suruh Iman baring atas riba. Lepas tepuk-tepuk badan dia, akhirnya tertidur.

Balik terus pergi rumah adik. Situ ramai kawan. Maklumlah adik saya tu ada 4 orang anak. Iman paling rapat dengan Faris (8 tahun), anak yang sulung. Macam biasa saya ajak Faris buat kawan Iman. Takdelah dia teringat AI. Tapi tulah kena layan dia je. Kalau tak layan, naik atas badan lah, ada je dia nak kacau abang Ayis dia tu.

Iman dan Faris sewaktu hantar AI untuk trip yang pertama.

Semoga AI selamat tiba di Abu Dhabi. Lepas ni akan bertugas di Iraq pula. Tak tahulah sampai bila. Bergantung pada projek. Bukan mudah nak mencari rezeki. Terpaksa tinggalkan keluarga. Apa pun bersyukur masih ada rezeki yang Allah beri. Cuma sedikit pengorbanan diperlukan.

9 ulasan:

  1. Siannya Iman....
    Akak pun sabar ye...
    mencari rezeki untuk keluarga...
    Besar pahalanya.

    BalasPadam
  2. Sedih pula auntie baca kisah Iman ni... teringat masa Irfan kecil dulu2 pun macam tu sbb kami jumpa weekdays jer... tapi memang kena tabahkan hati.. Insya Allah, ada la tu ganjaran berkat kesabaran :)

    BalasPadam
  3. As salam Kak Ruse,

    Betul tu apa yg akak ckp tu, rezeki Allah beri cuma perlukan sedikit kesabaran... Iman dah besar & bijak, mesti nnt dia akan faham... :)

    BalasPadam
  4. itulah ntuk mencari rezeki, sabar ye

    BalasPadam
  5. Tak tahulah Rose kakak pulak yg sebak. Terasa juga sebab dah jadi ibu dapat merasakan Iman kalau boleh nak ayah dan ibu dia sentiasa bersama. Besar sikit dia akan faham ini tuntutan kehidupan...

    BalasPadam
  6. Firas pulak, bila dpt jumpa ayah dia, dia xbg mama atau ayah dia pi mana2. Mesti dua2 kna ada dpn mata dia. Sampai nak pi qadha hajat pun dia xbg huhuhu

    BalasPadam
  7. kesian kat Iman.
    tapi itulah tanggungjawab lelaki berat..
    UI take care ey

    BalasPadam
  8. salam sis
    Ala siannya si budak manja tu..

    BalasPadam
  9. Alahaiii kesiannya iman yer... Inssyaallah setiap pengorbanan akan ada manisnya juga .. tc yer

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...