بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Terima Kasih

Khamis, 25 April 2013

Celik Hati Prof Dr Muhaya di TV9

Assalamualaikum

Setelah rancangan Semanis Kurma berehat sementara ianya digantikan dengan rancangan Celik Hati bersama Prof Dr Muhaya. Siaran bermula dari 9.30 - 10.00 malam di TV9. Pendek tapi penuh pengisian. Saya memang suka tengok rancangan yang boleh menambahkan ilmu dan secara tak langsung boleh perbaiki apa yang kurang dalam diri.

Siapa yang tak kenal Prof Dr Muhaya kan? Kata-katanya sentiasa penuh dengan motivasi dan menjadi tarikan orang ramai. Nak tahu apa yang dikongsikan dalam rancangan ni, boleh tengok di  Tweeter Celik Hati.

Nak kongsi sikit kata nasihat dari tweeter Celik Hati untuk ingatan diri sendiri dan yang lain.

@Celik_hati: Roh yang bahagia ialah roh yang tiada bisa-iaitu tiada penyakit hati seperti pemarah dan pendendam.

Apa yang Dr Muhaya terangkan tadi dari kata-kata di atas tu. Kata-kata orang yang tidak baik tentang diri kita ibarat patukan ular. Yang membuatkan kita sakit dan mati adalah bisanya bukan patukannya. Jadi jangan biarkan kemarahan kita itu yang memusnahkan diri kita. Katanya lagi, orang bercerita tidak baik tentang kita 5 minit, tapi kita punya marah 5 tahun. Ibarat macam tu lah.. lihat kesannya jika kita ada perasaan dendam dalam diri yang akhirnya merosakkan diri sendiri. Memang tak eloklah kan... yang sengsaranya kita.

Bagi saya biarlah orang nak kata apa tentang kita. Yang penting kita jaga hubungan kita dengan manusia dan Allah. Saya percaya kalau kita mengalah. Lawan kita akan malu pada diri sendiri juga nanti. Sedangkan Allah dan Nabi ampunkan ummat, inikan pula kita. Kebenaran akan terbukti juga nanti.

Tapi awas juga buat mereka yang mudah percaya dengan apa yang didengar. Kerana tak semua yang kita dengar itu betul. Jadi lebih baik jauhkan diri dari mendengar umpatan orang kerana kita tidak tahu kebenarannya. Jika betul sekali pun kita tiada hak menghukum. Doakan sahaja agar mereka berubah. Itu lebih baik. Pilih kawan itu perlu, tapi jika terlalu memilih hingga menyebabkan orang berkecil hati juga tidak baik. Macamana kita nak tarik orang berubah jadi baik jika awal-awal kita sudah menjauhkan diri. Nabi kita nak sebarkan Islam pun macam-macam cacian yang dia terima.

Memanglah kita bukan Nabi. Tapi jika kita betul pengikutnya, tak boleh ke kita tiru akhlaknya yang mulia tu agar kita dapat menyambung perjuangannya. Dalam ayat al-Quran ada ayat yang menyatakan.. kita tidak boleh kata yang tidak baik pada orang lain, mungkin suatu hari nanti mereka lebih baik dari kita.

Bukan mudahkan nak jaga hati kita... jadi kenalah sentiasa menggilapnya agar celik dan terang. Saya juga sentiasa menggilapnya :)

Allah SWT berfirman dalam surah al-Hujurat ayat 12, yang bermaksud: 

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah sikap dari sangkaan supaya kamu tidak dipengaruhi prasangka yang dilarang kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang. Dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Jika demikian keadaan mengumpat maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. Oleh itu, patuhilah larangan yang disebut itu dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah penerima taubat lagi Maha Mengasihani”.

2 ulasan:

nurbijen berkata...

Saya pun suka tgk segmen dgn Prof Muhaya.. setiap kata2 yg keluar dari mulutnya penuh dgn hikmah...
Insya Allah, sama2 kita menjaga hati agar sentiasa bersih :)

ada berkata...

sukeee...suke sangat ngan karakter Prof muhaya.very tenang.sejuk mata memandang.setiap kata2nya juga berhikmah.