بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Khamis, 4 April 2013

Cara yang betul bercakap dengan anak

Assalamualaikum

Rasanya ramai yang dah tahu tak boleh sebut perkataan 'Jangan' pada anak. Tapi adakala terluah juga perkataan jangan tu tanpa kita sedar. Bila tersebut, mula lah rasa tak sedap hati. Biasanya saya cuba cara yang terbaik untuk bercakap dengan Iman. Tapi bila berada selain dari rumah dan ada orang lain yang menegur, tiba-tiba jadi beremosi juga.

Setiap anak ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Nak perbaiki kelemahan mereka memang memerlukan kesabaran. Lebih-lebih lagi anak yang belum tahu apa yang boleh dan tidak boleh mereka lakukan. Kita beritahu banyak kali pun dia tetap buat.

Yang penting bukan nak perbaiki diri anak sahaja. Kita sebagai ibubapa pun kena perbaiki diri juga. Lepas baca tips di bawah ni... ada juga yang terkena ;) tips-tips sebegini yang boleh menyedarkan kesalahan kita.

Semoga bermanfaat buat semua.


Tips bercakap dengan anak:

- Fokus kepada perkara positif.
- Elakkan daripada menggunakan banyak perkataan 'JANGAN'.
- Elakkan daripada mengugut anak.
- Guna 'sense of humor' untuk elakkan ketegangan.

Sumber info: Facebook

10 ulasan:

  1. Itulah Rose kadang kita terlupa tapi kalau anak dah besar biasa dia akan tolong sama mengingatkan kita... anak-anak kakak dah besar.

    BalasPadam
  2. erm..TQ for info..
    pernah juga share tip ini.. nak bercakap dgn anak ni, mmg memerlukan kesabaran yg tinggi.. Apa2 pun sama2 kita perbaiki diri..:)

    BalasPadam
  3. yang terlarang tu lah kita buat... macam tu jugak anak2 bila dikata jagan.. benda u jugak dia buat.. huhu

    BalasPadam
  4. yeeee setuju2 ...
    suke ngan tips nie ...
    hurmmm ;))

    BalasPadam
  5. heheh boleh amik tips ni sebelum kwin n ada anak

    http://www.mimbarhatiku.blogspot.com/2013/04/andai-aku-bisa-menggantikan-kesakitan.html

    BalasPadam
  6. tq share info ni.. insyaAllah cuba diamalkan..:)

    BalasPadam
  7. pokoknya kena pandai psyco kan dengan budak2...
    :)

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...