بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Selasa, 2 April 2013

Borang Hadiah IPT, Negeri Selangor

Assalamualaikum


Saja nak share untuk mereka yang tidak tahu. Buat pelajar atau anak yang mendapat tawaran ke pusat pengajian tinggi, kerajaan negeri Selangor ada menawarkan hadiah berupa wang yang bernilai RM1000.

Caranya hendaklah mendaftar secara online di http://hpipt.selangor.gov.my/. Borang yang sudah lengkap di isi hendaklah di print kemudian setelah menyediakan dokumen yang diminta dan mendapatkan cop pengesahan dari pegawai kerajaan atau ketua kampung. Borang tersebut hendaklah di hantar ke:

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Cawangan Biasiswa & Pinjaman Pelajaran
Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah 40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-5544 7385 / 03-5521 2275
Faks: 03-5510 4095 / 03-5511 0659
Laman Web http://hpipt.selangor.gov.my


SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
1.
Permohonan adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja. 
2.
Pemohon mestilah terdiri daripada rakyat D.Y.M.M Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:   
            (i)
 Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau   
            (ii)
 Ibu atau Bapa pemohon lahir di Negeri Selangor. 
3.
Pemohon telah ditawarkan tempat untuk memasuki Tahun Pertama (Semester Pertama) mulai Julai 2008 sahaja. 
4.
Pemohon telah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian secara sepenuh masa (full-time courses) di IPTA atau IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian
3.
di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau Diploma sahaja. 

5.
Pemohon telahpun mendaftarkan diri di IPT bagi memulakan sesi pengajian. 
6.
Pendapatan isi rumah Ibu Bapa/ Penjaga Pemohon berjumlah RM1,500 ke bawah sahaja.



Untuk maklumat lanjut sila ke hadiah anak masuk universiti.

Nota: Permohonan masih boleh dibuat lagi. Sebelum ni masa nak apply mereka kata tutup hujung bulan Mac 2003. Tapi kini tiada tarikh tutup sehingga diberitahu.

8 ulasan:

  1. bagusnya..cepat2 sape oghang selangor :)
    *timakasih kak

    BalasPadam
  2. Kepada yang layak, cubalah memohon. :)

    BalasPadam
  3. Tahniah pada yang layak :D

    BalasPadam
  4. assalamualaikum ummi...seronoknya..;)

    BalasPadam
  5. untunglah klu lahir diselangor..

    BalasPadam
  6. Klau dh dpt time diploma.. Boleh mohon lg ke untk degree??

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...