بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Jumaat, 5 April 2013

Barang Dealmates dah sampai

Assalamualaikum


Ingat tak lagi entri saya sebelum ni. Alhamdulillah barang yang di order melalui Dealmates sudah selamat sampai pagi ini. Terbukti yang Dealmates ni bukan scam. Rupanya mereka menggunakan khidmat Skynet. Terkejut juga saya sebab kos penghantarannya adalah percuma. Orang skynet yang hantar barang ni masih sama. Peramah betul.

Ini barang yang saya order.. 2 cuma RM39.16. Dah order rasa kelakar pula. Entah kenapa sibuk sangat nak beli. Kita tengok putih ke tak giginya nanti. Dah putih bolehlah senyum dengan yakin ;)

Macam-macam lagi barang-barang menarik yang dijual dengan harga yang murah berbanding di luar.  Sesiapa yang berminat sila ke website Dealmates. Kenalah pastikan alamat yang dihantar ada orang sentiasa. Kerana penghantaran begini memerlukan tandatangan. Jika tiada di rumah barang tersebut akan disimpan di syarikat kurier yang berhampiran dengan alamat rumah.

Dealmates akan menghantar Email seperti di bawah untuk memberitahu barang kita sudah pun di kurier. Saya baru terima Email hari yang sama barang diterima. Banyak lagi faedah Shopping di sini. Setiap pembelian ada point yang diberi. Jika kawan kita beli melalui product yang kita share, kita akan dapat ganjarannya. Nak tahu lanjut bolehlah tengok di website mereka. Just share...

Today, Dealmates has shipped your order.

You may check the status of your order 24 hours after receiving this email.

==================================================
 SHIPPING DETAILS
==================================================
'White Light' Tooth Whitening System

Quantity: 1
Shipping Carrier:  Skynet
Tracking Number:  238023591680
Ship Date: 05 Apr 2013

p.s: dah buka satu tapi tak menyala lampunya. Nak try beli bateri lain. Tengok ok ke tak?

8 ulasan:

  1. wah.. lepas ni boleh senyum lebih masa amik gambar.. nampak gigi dah putih...

    BalasPadam
  2. Dealmates ni yg lebih kurang Gropun tu ye UI? Nanti update ye, kalau berkesan boleh la ibu Yusuf beli jugak ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Zefa. Insyaallah dah guna nanti saya update :)

      Padam
  3. bertambah manis senyum UI..
    thanks shraing eh, tak tau lagi pasal ni :)

    BalasPadam
  4. wah, lagi manis la bila senyum lepas ni.. senyum ni petua awet muda juga... hihihi
    Best kan bila barang kita order online sampai.. puas hati :)

    BalasPadam
  5. ohh tahu pasal dealmates ni tp tak pernah shopping kt sana..nti mesti senyuman ummi iman makin manis dan berseri..:)

    BalasPadam
  6. Betul ke harag tu untuk dua..?
    Tgk yg jual dekat FB tu mcm mahal je...
    okaylah kalau harga tu...

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...