بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Isnin, 8 April 2013

Aktiviti di Tasik Shah Alam

Assalamualaikum

Masa ni dating berdua je dengan Iman.. bawa diri ;)

Semalam (Ahad), pukul 3 petang saya keluar berdua dengan Iman. Mula pergi beli barang. Lepas tu tak tahu nak ke mana. Ikut tangan pusing stereng kereta :) akhirnya ambil keputusan pergi Tasik Shah Alam. Tapi saya letak kereta di depan Wet World. Konon nak bawa Iman tengok akuarium ikan, rupanya dah pindah ke Carrefour, Shah Alam.

Boring juga berdua, sms adik (Sham). Tanya kat mana.. lepas beritahu dia pun setuju join saya dan Iman. Sementara tunggu mereka sampai, saya pusing satu Wet World dulu (ada ruang jalan kaki.. untuk exercise kelilingnya). Seronok Iman tengok tasik. Sesekali angin kuat, siap geleng kepala untuk menikmati angin yang bertiup :)

Tengok orang main air. Ummi dia memang tak suka main air tempat public. Jadi Iman kena tunggu AI lah kalau nak main air. AI pun kurang juga, tapi sebab Iman ok je ;)

Lepas pusing 2 kali di Wet World (lagi satu round dengan adik saya pula). Bawa Iman main di taman permainan pula. Luar biasa sungguh tenaga dia. Tak penat-penat main.

Beriya sangat nak bergayut di sini.. pak uda dia tolong layan :)

Lepas puas main di taman. Main bola pula di padang dekat bangunan MBSA.

AI pesan bila dia takde bawa Iman main depan rumah. Tapi ummi dia bawa tempat jauh nak main ;) AI faham sangat Iman boring takde kawan di rumah. Lepas puas bermain, kami gerak balik dan singgah makan. Tidur rumah nenek Iman pula.

Masa di padang ni adik saya (Ain) dan mak pun join sekali lepas memenuhi undangan majlis aqiqah anak kawan dia. Jadi memang meriah lah.

14 ulasan:

  1. hensemnya iman dengan baju angry bird.. :)

    seronoklah dia dapat jalan2 ye...
    sekurang2nya dia happykan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. :) bertambah lagi koleksinya.
      Mmg seronok dia.

      Padam
  2. er,..napa kita tak terserempak pula yer.. ??? tidak leh anak kita berkenalan..mia pun boring dok rumah jer

    BalasPadam
    Balasan
    1. Izan dtg sini juga ke? Takde rezeki bertembung.. agak2 kenal ke bila jumpa..

      Padam
  3. Baguslah Rose... Iman pun tak rasa kehilangan sangat ayah dia yg baru bertolak keluar negara itu. Lagi satu adik Rose pun bagus sebab faham akan kakak dan anak saudara dia.

    BalasPadam
  4. mmg seronok anak2 bila dapat g park

    BalasPadam
  5. seronok bawa anak jalan2... kami pun tak sabar nak tunggu musim panas untuk pergi taman... musin sejuk ni, asyik berkurung dalam rumah jer :(

    BalasPadam
  6. selalu pergi sini juga tapi sejak daddy qalesya asyik keje je weekend mmg jarang dah pergi.. nanti bebila boleh le kite jumpa kat sini hehehe... ehh lupa lak.. salam kenal yer... 1st kunjungan liya kt sini... :)

    BalasPadam
  7. seronoknya beriadah kat tepi tasik,

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum ummi...seronoknya kalau berjalan2 beramai2 meriahnya...:)

    BalasPadam
  9. Seronok Iman dapat jenjalan ye..
    ada juga Pak Uda tolong layan...:)

    BalasPadam
  10. sekali ummi iman bawa iman ke shah alam ..hihi

    *akk, cite cinta qaseh dah tamat. tdi citer lain

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...