بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Sabtu, 30 Mac 2013

Shopping online dengan dealmates.com.my

Assalamualaikum



Pertama kali shopping online dengan dealmates.com.my. Sebenarnya saya adalah orang yang takut untuk membeli secara online. Takut ditipu atau tertipu ;). Sebelum ni pernah beli baju online dengan Humaira. Alhamdulillah, cepat dan selamat tiba. Entah kenapa hari ni saya berani pula untuk membeli dengan dealmates. Harap-harap barang saya selamat sampai.

Ada juga buat research mengenai perkhidmatan dealmates.com.my ni. Kalau di Facebook, ramai yang komen kata barang tidak diterima. Bila search melalui google pula... ada yang mengatakan barang yang di order lebih selamat diambil sendiri di office mereka di Mid Valley. Mungkin perkhidmatan kurier mereka yang tidak menjalankan tugas sebaiknya. Biasalah bila barang-barang di hantar melalui pos / kurier, ada yang tidak jujur.

Saya beli beg di atas tu. Harganya murah sahaja RM33 (dari Korea). Untuk yang pertama kali register ada diskaun RM5. Jadi harganya cuma RM28. Tertarik nak beli sebab beg ni kalis air dan boleh dipakai dalam 3 cara (sling, sangkut di bahu dan belakang badan). Cuma barang ni akan sampai hujung bulan 4 dan penghantarannya dalam bulan 5. Agak lama. Tak kisahlah janji saya terima dengan selamat nanti. Inshaallah.

Ada satu lagi barang saya beli.. alat pemutih gigi ;) harganya RM40. Kalau tengok di tempat lain harganya RM60. Tolak point beg di atas jadi RM39.16. Yang ni delivery dalam bulan 4. Jadi jika barang ni selamat di terima bermakna ianya satu transaksi yang boleh dipercayai.

Beli di dealmates ni, memang mengambil masa, kerana barang hanya di hantar selepas barang tersebut sampai. Jadi kenalah tengok delivery item tu awal-awal. Saya yakin sedikit kerana kalau tipu sudah pasti dah lama perkhidmatan ni dimansuhkan. Apa pun jawapannya setelah saya terima barangnya nanti.

P.s: Setiap pembelian yang di buat, mereka akan Email transaksi ID dan No. Certificate barang tersebut.

7 ulasan:

  1. kalau kat Bradford ni, saya lagi banyak shopping online dari shopping kat kedai... senang boleh survey harga mana yang paling murah... lagi satu service kurier kat sini mmg mantop :)

    BalasPadam
  2. tak pernah lak shoping online,..takut

    BalasPadam
  3. SAYA X NAK SHOPPING ONLINE SBB BILA DAH TERIMA , KITA CUBA , TAK SESUAI LAK , TAK NGAM , TAK NAMPAK CANTIK BILA DIPAKAI N TAK SAIZ TERUTAMA BAJU N KASUT ...

    BalasPadam
  4. aah akak pun takut nak beli online , sbb selalu baca masalah macam x sesuai dan fix dgn kita selalu akak dgr ;)

    BalasPadam
  5. sy pon tak berani nak beli online kak..

    semoga selamat samapai ye brg2 tu
    *tenkiu ye kak

    BalasPadam
  6. Nur setakat ni stop kejap kak..
    parah kalau selalu...
    huhuhu

    BalasPadam
  7. sy sendiri dh alami dgn dealmates ni.. sgt teruk dah 6 bln xdpt brg huhuhu.. ada yang bertahun xdpt brg nak refund pun xdpt..

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...