بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Selasa, 26 Mac 2013

Sepi sebab line internet slow + AI dah balik

Assalamualaikum

Lama juga menyepi tanpa entri. Tiba-tiba cepat je rasanya masa berlalu. Lepas baik demam hari tu.. urat-urat semua 'lemah'. Susah juga nak recover balik apa yang hilang. Susah payah nak naikkan berat badan.. nak turun senang je. Kena makan banyak-banyak lagi lepas ni. Tekak pun baru nak ada selera.

Tengok tajuk dah tahu kenapa menyepi... hari Sabtu malam baru ni AI balik. Terkejut juga kata balik Isnin.. tau-tau dah ada KLIA hari Sabtu. Bukan nak surprise, tapi tiket ada extra katanya. Jadi balik je lah. Masa AI sampai Iman dah tidur. Bangun pagi sekali nampak AI baring di sebelah terus nangis "ayah". Sadis je bunyinya. Bermulalah episod 'berkepet' je. Tak nampak je AI, mesti menangis.

Line internet sedang slow.. bukan sebab coverage tapi sebab tak bayar lagi. Rasanya baru je bayar... Tu yang tak bayar. Sekali check ada yang dah due. Belum masuk bil terbaru. Lihat betapa cepatnya masa ;)

Maaflah tak sempat ziarah menziarahi. Kalau berkesempatan, muncul lah saya ;) ini pun sebab line tiba-tiba ok. Esok baru nak bayar bil guna broadband AI. Dah slow nak buat payment pun tak boleh.

10 ulasan:

  1. seronok iman jumpa ayah.. :-)

    BalasPadam
  2. sesekalo jumpa ayah dia...memang dia nk manja puas2 kan

    BalasPadam
  3. kakcik pun sedang menghadapi kekangan waktu sekarang :(

    BalasPadam
  4. Moga Kak sihat2 sahaja yer.. alahai siannya Imman rindu ayah tu... itulah masa sekarang cepat sangat berlalu..

    BalasPadam
  5. ooo...itulah sebab menyepi ye.....moga cepat sihat ye....

    BalasPadam
  6. moga sembuh sepenuhnya. alhamdulillah hubby dah balik :)

    BalasPadam
  7. assalamualaikum ummi...seronoknya orang yg disayangi balik yer...:)

    BalasPadam
  8. wahh..ayah iman balik terus ke tu...
    seronoklah iman....

    akak, rehat byk2 ye...

    BalasPadam
  9. Ai balik ye :)

    tak pa hikmahnya suruh akak luangkan masa bersama keluarga tu :)

    BalasPadam
  10. kesian iman.bila ayah dh balik melepas rindu puasa2lah ye..

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...