بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Khamis, 7 Mac 2013

Kenapa anak buat kita rasa marah?

Assalamualaikum

Berdepan dengan anak yang membuatkan kita hampir hilang sabar kadang-kadang membuatkan kita berfikir, kenapa anak kita jadi macam tu.

Faktor persekitaran memang penting dalam peringkat awal pembesaran anak-anak, sebab masa tu mereka mudah meniru apa yang mereka lihat. Pendekatan psikologi amat penting antara ibubapa dan anak. Dulu saya cepat juga rasa nak marah. Bila Iman langsung tak boleh ditinggalkan sendirian. Nak buat apa pun susah. Sebab dia pasti menangis. Dari bayi lagi dia macam tu. Kadang-kadang ada masa dia ok. Dia memang sukakan perhatian dan tak boleh tak nampak saya. Dia tak bagi langsung peluang ummi dan ayah buat perkara lain tanpa melayan dia. Sedangkan kami selalu melayan, memeluk dan menciumnya.

Sabar kunci utama membesarkan anak. Dulu-dulu jaga adik 7 orang tak sama jaga anak yang seorang ni ;) ramai yang kata anak dulu dan sekarang banyak bezanya. Anak dulu lebih bersikap takut dan hormat bila di tegur dan lebih berdikari, anak sekarang sensitif, bila ditegur mudah merajuk dan memberontak walaupun kita tegur dengan baik. Mereka juga lebih suka mengharapkan bantuan ibubapa untuk melakukan sesuatu. Untuk hilangkan sikap negatif yang ada dalam diri mereka juga agak sukar. Walau diberitahu berkali-kali.

Jangan sebut perkataan nakal pada anak. Kata-kata itu satu doa. Mereka tidak tahu apa-apa. Mereka cuma meniru apa yang mereka lihat dan mungkin juga untuk mendapatkan perhatian dari ibubapa.

Kenapa anak jadi macam tu, di bawah saya kongsikan tips mengatasinya yang diperolehi dari Facebook buat mereka yang belum membacanya. Saya cuba nak ringkaskan, tapi sayang kerana setiap ayat cukup berguna untuk dipelajari dan difahami.

Kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-7 tahun (preschool memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati ‘tidak dengar kata’. Apa yang berlaku ialah ketiadaan komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan anak.

Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Sebaliknya perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai.

Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan mereka tidak mempunyai pengetahuan (input) tentangnya. Mereka juga baru sahaja belajar bercakap, oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah sebenarnya yang dimahukan oleh anak.

Maka jadilah anak tersebut menjerit, membaling barang, memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran frustration (kekecewaan) kerana hajatnya tidak difahami dan dipenuhi. Kanak-kanak pun tahu kecewa sebenarnya tuan/puan. Justeru itu siapakah yang bersalah? Sudah tentulah orang dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak.

Ada beberapa tips yang boleh diberikan untuk tuan/puan berusaha mengatasi masalah ini.

1. Kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan mengalihkan perhatian kepada ibunya.

Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang tuan/puan lakukan dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya. Berapa kalikah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. Eye contact sangat penting di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil.

2. Sebaik sahaja tuan/puan pulang dari bekerja dan mengambil anak dari nurseri, luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur memasak, angkat kain dsb. Berikan perhatian pertama tuan/puan kepada anak.

Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama bibik atau di nurseri/tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya, papa/mama sangat sayangkannya. Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah puan minta diri untuk ke dapur dsb. Insya Allah anak akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.

3. Ajarkan anak dengan perkataan “tunggu sebentar boleh” sekiranya anak perlukan sesuatu dan tuan/puan tidak dapat berikannya kerana sedang sibuk memasak dsb. Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan.

Jangan buat tak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya tuan/puan sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan tuan/puan sekiranya tuan/puan pula yang memanggilnya.

The right way to make her listen to you is by listening to her first. Kita tidak boleh expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.

4. Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya yang tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai personality Sanguine. Anak ini memang sangat sukakan perhatian. Oleh itu jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan kuat dsb.

Walau bagaimanapun, tuan/puan boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur.Sekiranya anak suka menjerit, tuan/puan boleh suruh dia mengadap dinding yang kosong dan menjerit di situ berulangkali sehingga dia letih.

Insya Allah dia akan kurang suka kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai beberapa hari. Sekiranya dia mengulanginya semula, puan suruh dia lakukan perkara yang sama sehinggalah dia berhenti lama kelamaan.

Berikan dia hadiah (gula-gula dsb) jika tuan/puan dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam satu hari sebagai positive reinforcement. Katakan padanya, papa/mama beri hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari ini. Dengan ini anak akan faham bahawa papa/mama tidak menyukai perbuatan tersebut.

5. Sentiasa ingatkan diri tuan/puan dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatian tuan/puan terhadap kelebihan tersebut, jangan ingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang agar Allah memudahkan tuan/puan mengubah sifat negatifnya.

Bayangkan anak dengan semua sifat-sifat positif yang tuan/puan inginkan setiap kali tuan/puan berinteraksi dengan anak. Boleh juga tuan/puan berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut di ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan tuan/puan kepadanya.

Misalnya ‘papa/mama sayang kakak, papa/mama mahu kakak tidak menjerit lagi’. Sebutkan perkara spesifik yang tuan/puan mahukan. Jangan hanya menyebut ‘papa/mama harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘mpapa/ama tak suka kakak menjerit’. Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan didapati sangat berkesan jika dilakukan berulangkali. Tuan/Puan juga boleh membacakan surah AlFatihah, Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan. Tuan/Puan, mendidik anak tidak mudah apatah lagi di zaman globalisasi yang serba mencabar.

Semoga tuan/puan lebih bersabar, jangan ignore anak dan cubalah memahaminya. Fahami dunia anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan penerokaan. Bayangkan perasaan anak apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba dibuatnya hanyalah meneroka alam sekeliling.

Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibubapalah yang membuat peraturan, disiplin dan juga galakan kepada anak. Belilah buku-buku tentang panduan mendidik anak, mengenali personaliti anak dan cara-cara menghadapinya.

Sekian, semoga Allah mengurniakan rahmat dan kebijaksanaan kepada tuan/puan. Jangan berputus asa dengan anak kerana ia akan membuatkan anak berputus asa terhadap kita sebagai ibubapanya.

Info dikongsi dari : My Kewpies Outlet dan Excel Qhalif

14 ulasan:

  1. pagi ni baru amir merajuk dgn saya... padahal sy tak marah pun.. cuma tanya buku kerja rumah cikgu bagi bawak tak.. memang dia tak masukkan dlm beg sy yg masukkan.. sy letak poket dpn dah.. dia mengelabah tkt cikgu marah dia cr dalam beg tak jumpe... bila saya bebelkan.. dia kata sy tipu pulak.. haihh anak² memang menguji kesabaran dibuatnya.. dia kata tipu.. sebab sy suruh cr tak jumpa.. walhal buku tu sy dah letak dlm beg.

    BalasPadam
  2. Bila baca ni kak, tak tahulah mcm mana nur nanti bila dah jadi ibu.. Nur cepat marah.

    risau kalau2 tak terkwal kemarahan ni...
    huhuhuh

    BalasPadam
  3. kadang2 susah nak faham kenapa anak2 ni buat perangai.. maybe dia kecik tak tau nak explain kat kita.. Memang sabar adalah kunci utama dlm mendidik anak2.. Tapi MQ pun kdg2 tersasar jugak dari prinsip tu.. Anak pun same jenis xnak berenggang langsung.. Skrg MYA umur dah 2y7m menyusu masih nak MQ kat sebelah.. Tak tau macam mana nak ajar supaya Mya boleh menyusu sendiri.. Ada yang cakap sebab jadi gitu, sbb nak dpt adik.. Maybe jugak..

    BalasPadam
  4. betul tu.. takut sebenarnya nak mendidik anak2 dizaman sekarang... semoga Allah permudahkan kita untuk mendidik anak2 di zaman serba canggih ni.. anak2 pun turut sama canggih.
    tq kak rose info ni sangat berguna untuk ibu2 zaman sekarang ni

    BalasPadam
  5. TQ atas perkongsian ni Ummi Iman..
    mmg kekadang hilang juga sabar dlm mendidik anak...msh byk kekurangan ilmu ke ibu bapaan dlm diri sy...lepas ni kena lbh byk sabar.. InsyaAllah sy tak pernah lg mengeluar kan kata2 tak elok pd anak sy..mmg mulut sentiasa jaga...:)
    sama2 kita perbaiki diri...

    BalasPadam
  6. done follow.. jom singgah sini lak.. n follow sekali yea.. =) http://tengkubutang.blogspot.com/2013/03/wordless-wednesday-i-hate-this-bagi-3.html?showComment=1362620836873#c8233176151603559504

    BalasPadam
  7. skng tgh usaha habis baik bahagikan masa utk anak2 sbb kesian kat Amsyar mcm kurang perhatian lak skng ni ermmmm

    BalasPadam
  8. banyak info saya dapat dari entry ni, thanks UI

    BalasPadam
  9. As salam Kak Ruse,

    Iman sihat? :)

    Kami suami isteri byk berbincang ttg ni... Bagaimana membesarkan anak2, kenapa dia jd begitu begini... alahai mmg sukar utk kita membesarkan seorang insan... Tapi itulah amanah kita kan :))

    Kanak2 sebaya Iman ni mmg inginkan perhatian... itu shj! Yang lain mmg mereka tak faham lagi... Hari2 mmg kena doa yang baik2 buat anak2 kita... saya pun bukanlah ibub yg sempurna... tapi anak2 byk mengajar kita menjadi 'better person' :))

    Tips ni mmg bagus! :))

    BalasPadam
  10. TQ sharing... Memang bermanfaat dan boleh dipraktikkan..

    BalasPadam
  11. anak2 mmg selalu buat kita sabar..sebagai manusia biasa kita mmg tak terlepas dr sifat marah..tp sy selalu igtkan diri yg anak kita melambangkan diri kita..klu anak buat benda yg kita tak suka, mesti perangainya tu turun dr kita juga..semoga kita semua berjaya mendidik anak2 dengan cara terbaik..:)

    BalasPadam
  12. Ank2 sekrg tak sama macam ank2 dulu. saya sendiri 2 org ank lelaki yang cukup lasak.kadang2 menagis kerana fikir tentang ank....harap saya boleh jadi tabah dan sabr dlm mendidik ank.TQ for sharing...

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...