بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Isnin, 4 Mac 2013

Karnival WOW Putrajaya 2013

Assalamualaikum

Bergambar dalam gelap ;) saya tiada di situ.

Hari Sabtu yang lepas kami pergi ke karnival WOW di Putrajaya. Tiada nak cari apa sekadar lihat apa yang ada. Pergi malam sebab siang panas. Lagi pun tak rancang nak pergi pada awalnya. Saja ajak adik ke sana.

Mula-mula sampai singgah di khemah Upin Ipin. Masa kami sampai tak ramai sangat orang. Lepas tu tiba-tiba ramai yang datang. Mungkin sebab meriah dengan aktiviti yang di buat bersama Ehsan dan Mail.

Aktiviti bergambar dengan Upin dan Ipin. Ramai yang ambil peluang bergambar.

Dapat bergambar dengan banner Upin Ipin pun jadilah. Mesti mama tam yang suruh buat jari macam tu..

Masuk dalam khemah yang ber aircond. Tumpang untuk sejukkan diri seketika. Berpeluh-peluh juga walaupun malam.

Beratur nak beli nasi ayam penyet. Cuma RM5 sebungkus. Yang best semuanya panas-panas lagi. Sambalnya pun sedap. Puashati makan bawah khemah ;)

Cuma beli mainan budak-budak je. Biasalah tempat macam ni penuh dengan mainan. Beli pistol bubbles angry bird dengan 'belon' angry bird untuk Iman. Suka sangat dengan angry birds.

18 ulasan:

  1. Yang penting, anak2 gembira... :)

    BalasPadam
  2. Books and more books. Check out our collection. Shopaholics, p.s I Love You, harry potter, etc...

    BalasPadam
  3. assalamualaikum ummi...bestnya dpt pi sana...;)

    BalasPadam
  4. ada maskot upin ipin n mainan budak2 mmg suka sgtlah

    BalasPadam
  5. best kalau datang bawa anak2 kan....kali nie yan terlepas tak dapat pergi.....

    BalasPadam
  6. comel iman buat peace... :)
    kiut... :)

    BalasPadam
  7. bestnya dik
    anak2 lah suke nie ;)

    BalasPadam
  8. sepupu saya ada pergi aritu..dia kata panas terik kat sana..

    hadiah dah sampai..terima kasih byk2 ye..

    BalasPadam
  9. bestnya
    amboi iman sakan bergambar dgn upin ipin

    BalasPadam
  10. bestnya dapat bergambar upin dan ipin :)

    BalasPadam
  11. As salam kak,

    Upin ipin mmg kegemaran anak2 kan.. Tak pernah bawa Ian ke karnival mcm ni lagi... moga ada peluang dia nnt! :))

    Makin tinggi nampaknya Iman akak :)

    BalasPadam
  12. best ya ada upin ipin..budak2 ske :)

    BalasPadam
  13. BUDAK² SUKALAH KALAU KESINI NI.. HIHIHIHIHIHI...

    BalasPadam
  14. Hheee, takpe asalkan budak2 happy ok je kalau diorang nak mainan kan ;D

    BalasPadam
  15. tak berkesempatan nak pergi sana pon

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...