بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Selasa, 12 Mac 2013

Doa Qunut Nazilah buat Lahad Datu

Assalamualaikum

Saya sentiasa memerhati apa yang berlaku di Lahad Datu, Sabah. Apa pun puncanya, perkara sudah terjadi. Yang tidak berdosa menjadi mangsa. Mungkin banyak yang boleh dipelajari dari apa yang berlaku di sana. Dari segi keamanan dan benteng pertahanan negara.

Apa yang boleh saya lakukan, hanya berdoa agar keadaan pulih seperti sediakala. Marilah sama-sama baca doa qunut nazilah buat Lahad Datu, Sabah.



Maksudnya: 'Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur.

Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”

Qunut ertinya membaca doa kerana sesuatu bala bencana supaya kita dilindungi Allah dari bahaya.

CARA MEMBACA QUNUT NAZILAH

Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal.

Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal. Ada tiga cara membaca doa tersebut. Imam boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:

1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.
2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja sepertimana yang di dalam lampiran
3. Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah.

Peringatan:

· Jika para Imam tidak menghafal Qunut Nazilah yang dilampirkan, bolehlah membaca doa qunut sepertimana dalam solat subuh. Kemudian doa nazilah ini boleh dibaca selepas solat.

· Imam hendaklah memberitahu para jemaah bahawa qunut akan dibaca di dalam solat agar mereka meng-aminkan bersama doa tersebut.

12 ulasan:

  1. UI dan imannn!!! rindunyeee...lahad datu..ohh apakah akhirnyee..tk sabar nk tau..muge yg tak bersalah dan terbunuh mendapat pembelaan di sana nanti

    BalasPadam
  2. sama2 kita doakan agar sengketa ini cepat berakhir...sudah ada org awam yang terbunuh...huhu

    BalasPadam
  3. tq share...moga lahad dat kembali man seperti dulu...sedihkan ader orang awam yang terbunuh...

    BalasPadam
  4. perkongsian yg sangat bagusss..sama2 kita mengamalkannya..
    Salam kenal dari akak..

    BalasPadam
  5. buat permulaan, nur rasa nak baca lepas solatlah..
    lepas dah hafal betul2..baru boleh baca dalam solat..

    terima kaseh atas kongsian... :)

    BalasPadam
  6. assalamualaikum ummi...memang perkongsian yg menarik marilah kita berdoa buat mereka di sana...:)

    BalasPadam
  7. Nice sharing... Banyak manfaat Doa Qunut ni yek..

    BalasPadam
  8. TQ Ummi Iman ttg perkongsian nya..
    sgt bermanfaat.. boleh diamalkan sllu slpas ini..
    Kmi warga Lahad Datu amat berterima kasih atas semua doa yg di kirim kan..semoga semua nya beransur pulih..amin!

    BalasPadam
  9. sama2 kita doakan biar semuanya cepat berakhir..

    BalasPadam
  10. berdoalah agar slmt semuanya.

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...