بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Isnin, 18 Mac 2013

Demam kena hujan

Assalamualaikum

Hari Jumaat baru ni kena hujan masa pergi pejabat pos dan beli kuih tepi jalan. Malam baru mandi. Awal pagi tiba-tiba rasa sejuk satu badan. Kepala dan badan sakit-sakit. Memang tak larat sangat. Nak bangun pun sakit badan. Kalau boleh gagahkan badan memang di gagahkan. Malangnya terbaring satu hari.

Mujur Iman faham ummi dia tak sihat. Nak uruskan dia terpaksa juga gagahkan diri. Iman peluk ummi dia rasa belakang badan "ummi.. panas ni" sayu pula dengar Iman cakap macam tu. Bila rasa sakit kepala. Saya panggil Iman suruh dia urut. Iman dah biasa tolong dari dia baby lagi :) masa tu kalau sakit kepala, saya suruh Iman tarik rambut. Budak kecilkan suka tarik rambut.

Sedap juga tangan Iman bila suruh urut. Lama jugalah dia tolong. Terharu rasanya. Bila tengok ummi dia tak sihat. Iman main sorang-sorang. Bila dah petang akhirnya Iman tertidur sendiri. Ada masa datang kat saya.. buat-buat sedih. Tapi dia faham bila saya kata "ummi tak sihat".

Pagi Ahad baru pergi klinik ambil injection. Minta tolong adik hantar (malam sabtu mak dengan adik temankan di rumah) Sebab tak tahan pinggang sakit sangat. Lepas cucuk rasa sihat, badan berpeluh-peluh. Tapi mata pula bangkak. Alahan agaknya dengan ubat tu. Susah juga bila banyak perkara di tarik nikmat.

Sekarang alhamdulillah. Lepas makan ubat badan mula berpeluh balik. Ingatkan dah sihat. Tiba-tiba sejuk pula badan bila kena angin.

4 ulasan:

  1. Lepas ni kalau kena hujan cepat2 mandi ye kak..
    hujan sekarang ni, bahaya...sebab udara pun dah tercemar, jadi tak mustahil kandungan air hujan yg timpa bumi, penuh dengan asid..tambah2 awal2 hujan tu..

    nasib baek iman ada, rajin pulak tu... :)

    BalasPadam
  2. assalamualaikum ummi...kesian nyer makan ubat cpt baik yer..;)

    BalasPadam
  3. alhamdulillah nasib akak dah baik..mkn ubt bg abis tau..huhu

    BalasPadam
  4. take care kak.. minum air barli :)

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...