بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Jumaat, 29 Mac 2013

Ayam Bakar Mas Mono Seksyen 7, Shah Alam

Assalamualaikum


Masih lagi menu jalan-jalan cari makan. Masa AI ada ni lah berpeluang nak makan-makan di luar ;) Sepatutnya AI adalah masak (untuk suami). Tapi terbalik pula.. Sebenarnya tertarik nak cuba Ayam Bakar Mas Mono ni masa tengok rancangan Fuzz Food. Tengok beriya sangatlah Noh Hujan tu kata sedap. Masa nak cari kedai ni terpaksa juga google sebab tak tahu nama jalannya. Pusing-pusing akhirnya jumpa juga.

Ada servis ke pintu. Areanya tak pasti pula.

Ini map, alamat dan nombor talian kedai ni. Lokasinya di kawasan yang ada bangunan Jakel.

Tak sempatlah nak ambil gambar. Sebab dah lapar sangat masa ni. Sampai je makanan terus makan hingga licin pinggan. Puashati lah mencubanya. Menu di kedai ni simple-simple je, termasuk minumannya. Saya cuba es teler yang berharga RM4. Ais yang di blend dicampur susu, buah mangga potong dadu dan buah avocado. Sedap. Tapi buah avocado tu sedikit pahit ;) tapi habis juga saya makan.

Sesiapa yang pergi seksyen 7, Shah Alam boleh cuba makan di sini. Harga 1 set nasi (ayam bakar, tempe, sayur timun dan kobis mentah, sambal beserta sup) cuma RM8.50. Semuanya murah di sini.

5 ulasan:

  1. alhamdulillah, sedapnya teros terlior :)

    BalasPadam
  2. wahhh..nanti bila2 boleh cuba...

    BalasPadam
  3. ooo g mkn kt sane xajak ekkk :)

    BalasPadam
  4. tq....lepas nie boleh jalan2 cari makan juga nie he heee......

    BalasPadam
  5. mana gambar ayam bakarnya?hehe

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...