بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Jumaat, 29 Mac 2013

3 layer spinach lasagna secret recipe

Assalamualaikum


Pertama kali cuba menu 3 layer spinach lasagna ni di Secret Recipe. Sebenarnya tidak seperti apa yang digambar dan diharapkan oleh saya ;) saya ingatkan bayam tu di blend tapi satu-satu dimasukkan dalam menu ni. Rasa muak bila dah separuh makan. Cheese adalah penyelamat keadaan bagi menu ni. Begitu juga tomato puri yang tidak sebati dengan bahan yang lain. Lebih menambahkan rasa muak bila sampai dibahagian tomato tu.

Maaflah Secret Recipe mungkin saya ni lidah melayu ;) ini cuma komen dan pendapat peribadi saya sahaja dan tidak berniat untuk memburukkan menu ini. Untuk permulaan ok tapi bila dah banyak sangat bayam rasa muak pula. Lebih-lebih lagi tak banyak kulit lasagnanya.

Ini pula menu yang di order oleh AI. Kurang menepati selera juga.

Rasanya percubaan menu yang kurang menarik buat kami hari tu atau lebih tepat salah menu ;) Air epal hijau dan celery penyelamat sebab rasanya sedap dan tidak menghampakan. Macam chef pula nak komen-komen ya... ;)

12 ulasan:

  1. nampak macam sedap, tapi tak kena dgn selera ek? Tak pernah order benda lain dari cheese kek kat secret recipe :)

    BalasPadam
  2. saya kalau kat sini mmg ske epal celery tu..rasa fresh je pewut :)

    BalasPadam
  3. sedapnya tengok pun dah terliur ;-)

    BalasPadam
  4. sedapnya :)
    bila tgk la..rasa kena try sendiri..hihi

    *terima kasih kak

    BalasPadam
  5. assalamualaikum ummi...nampak macam sedap jer...:)

    BalasPadam
  6. makan kt sr cmtu la.harga mahal tp rasa macam kureng sikit.baik makan kt restoren or gerai lg puas hati.murah n sedap..tp lasagna kt gerai mana ada ye tak?haha..

    BalasPadam
  7. Klu pegi SR suka makan kek dan minum air dia je..
    ttg menu SR, hubby suka lah..sy pun 'kureng' sikit..tak berapa gemar..tekak melayu jgk..hehe:)

    BalasPadam
  8. sayangkan dik
    akk nie jarang ke SR ..
    tapi suke kalau ke SR makan Japanese soba dia ! ;)

    BalasPadam
  9. dua² menu pun x pernah makan kat sr, makan kat sr dgn hubby pun x pernah dia boo layan sikit kalau makan mcm ni.. lidah melayu bak kata akak.. kalau nak makan dgn kawan² saya jerlah join hihihihihihi

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...