بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Selasa, 19 Februari 2013

Warna warni KLCC penutup CNY

Assalamualaikum


Lepas makan di Kak Mah Tomyam, Muhammad anak adik nampak pula bangunan KLCC masa menuju ke kereta dengan mulut muncung uuu.. uuu.. Tengok jam masih awal lagi, demi memenuhi impian Muhammad, kami ke KLCC pula. Dah lama sangat tak datang sini lepas berhenti kerja. Kalau tak hari-hari tengok :) banyak kenangan di sini. Banyak dah berubah. Pening tengok bangunan yang semakin bertambah di sekitar KLCC ni.

Anak-anak kecil yang teruja

Makin meriah air pancut ni dengan lampu yang berwarna-warni

Apa yang che Nayli cakap dengan Iman agaknya. Berdua je, kejap duduk, kejap berdiri.

Bukan anak kecil je. Orang dewasa pun teruja sama. Siap ada orang Libya nyanyi lagu lagi sambil pegang bendera kat sini. Mesti nak download dalam YouTube ;) tahu orang Libya sebab diorang nyanyi Libya.. Libya. Itu je pun yang saya faham ;)

Tukang ambil gambar memang tiada dalam gambar :)

Sekejap je singgah. Sini je tempat yang di tuju. Melayan anak kecil yang riang ria. Kemudian balik. Jelas tergambar muka puashati Muhammad. Diam je bila nak balik. Che Nayli pula yang tak nak balik lagi. Sampai rumah tak boleh nak tidur. Meriah bunyi mercun dan bunga api. Iman cakap "takut". Dekat sangat bunyinya. Habis je terus tertidur Iman.

14 ulasan:

  1. cantiknya air pancut yg warna warni tu. seronok ye Muhammad dpt g KLCC. saya pun da lama x g klcc.

    BalasPadam
  2. as-salam.menarik dan tertarik kan :D

    BalasPadam
  3. Cantiklah airpancut warna-warni macam di Sentosa Island, S'pore. Kalau ada irama pada air pancut pun seronok juga..

    BalasPadam
  4. meriah betul dengan lampu wara warni gitu.....dah lama tak kesana....

    BalasPadam
  5. lorr..bestnyer..dulu dtg sini time anak 2..dah 3 ni tak sampai2 lagi..

    BalasPadam
  6. tgk gambar pun dah nampak cantik, apatah lagi kalau dapat tgk real! anak2 saya pun suka tgk air pancut :)

    BalasPadam
  7. cantik nyeee
    akak selalu ke KLCC nie siang aje ..
    bila tgk malam cantik sgt2 kan ;)

    BalasPadam
  8. Nur tak pernah pergi KLCC waktu mlm..
    nampak cantik laa...

    BalasPadam
  9. cantik sungguh gambar...th ni sy dok rumah je.layan tv :)

    BalasPadam
  10. Cantik tengok pancutan air.. :)
    Berwarna warni

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...