apa yang terlintas difikiran

Terima Kasih

Jumaat, 1 Februari 2013

Ujian kecil

Assalamualaikum

Salam Jumaat. Dah 2 hari sibuk dengan mengubah blog. Dalam ubah-ubah ada masalah dengan iklan Nuffnang. Dulu meriah, lepas ubah sunyi terus ;) Tak kisah lah itu perkara kecil. Background berubah lagi, sebab yang sebelum ni agak susah nak adjust sizenya ;). Tak suka juga nak ubah-ubah. Tapi dah terubah. Sampai tiada masa nak blogwalking ;)

Malam tadi dengar bunyi air menitik. Ingatkan hujan di luar. Rupanya dalam rumah yang hujan. Habis basah syiling dan tilam. Tangki air bermasalah. Mungkin pelampungnya dah rosak. Saya kunci je salur air ke tangki. Telefon AI beritahu dan minta nombor telefon tukang. Saya punya dah hilang.

Bila kayu dah basah takut encik anai-anai membiak. Beberapa bulan lepas mereka dah mula aktif. Geram betul. Bukan setakat tanah. Dengan anai-anai sekali keluar. Habis kabinet dapur di makannya. Selagi lagi punca basah bawah sinki. Ada air menitik bawah sinki. Sinki mahal tapi tak bagus. Tak payah lah beli sinki yang ada getah hitam di bawahnya tu. Air keluar ikut celah-celah getah. Saya dah spray ubat anai-anai yang AI beli untuk berhentikan dulu 'kemeriahan' mereka.

Iman mula selsema semalam. Korek-korek hidung. Terus selsema. Dah gatal-gatal sebelum tu. Siap bersin-bersin. Kejap lagi nak pergi klinik ambil ubat. Bila selsema. Minum susu mesti keluar balik.

Kipas di ruang tamu rumah kami pula dah sebulan rosak. Tak tahu nak panggil siapa repair. Masa beli hari tu kedai tu dah beritahu. Kalau kipas rosak boleh contact Alpha untuk datang rumah repair. Tapi tak ingat letak mana resit dan contact number.

Semua masalah di atas tu kena cari jalan selesaikan. Benda mudah tapi remeh juga nak buat. Semuanya kena telefon dan suruh mereka datang. Masalahnya bila AI takde rasa tak selesa. Kena panggil orang lain teman kan.

Masa memang cemburu dengan saya, atau saya yang tak pandai manage masa ;) saya singgah mana yang sempat dulu ok.

13 ulasan:

Tihara berkata...

moga semuanya dipermudahkan ye UI..insha Allah :)

Masya berkata...

bahaya jgkkan nak pgl org repair ni kalau takda sapa kat rumah... kenelah berteman.. takpa pelan² moga dipermudahkan.. moga iman pun cpt baik.. amir pun baru baik demam..

Qashmere berkata...

Ujian di mana-mana sahaja. Semoga urusan lebih mudah lepas ni ya!

umi alya berkata...

mmg nuff rajuk sehari dua ni, jrg2 ia nak menari2 cam dulu2..

aTieYusof Family berkata...

Ujian kecil ada di mana2 kan?.. banyak kan sabar.. sy sllu klu ada ujian2 spt di atas kdg2 panik jg.. selalu nya suami yang jd penyelamat keadaan..

Kakzakie berkata...

Mungkin pada org lain ujian kecil tapi kalau kakak tu Rose dah kira ujian besar sebab kakak tak pandai nak buat itu semua.

Cik Nur berkata...

dugaan kecil ni.moga akak tabah hadapi.. :)
Dan moga iman cepat sembuh..

pasal anai2 tu, cuba cari puncanya..mungkin dari luar rumah atau mana2... kalau dah jumpa..kena rajin musnahkan..bagi tak membiak...

Nory Zoulkefle berkata...

rumamh mak nory pon anai2 dah serangg...abis kabinet2 dapur..tapi papa rajin sembur racun anai2, so, skarang dah kurang sikit anai2 tu..

Mas Zull berkata...

assalamualaikum ummi...moga iman cepat sembuh yer n sabar yer...;)

izan mama mia berkata...

alahai..macam2..selesai satu2 yer mg semuanya selesai dgn baik..anai2 mmg bahaya....
mg cpt baik iman dr selsema asal dia suka makan ubat

Nor Salmi berkata...

macam2 pulak masalah yang timbul. Semua tu ujian utk menguji kesabaran dan keimanan.. Moga semuanya dipermudahkan ye Rose..

NoEn berkata...

semua UI dapat settlekan semua prob tu dengan tenang k..buat satu2 ikut priority

Wanieys a.k.a IbuQalief berkata...

moga semuanya dipermudahkan yer kak...iman cm mn dh sihat belum?