بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Rabu, 20 Februari 2013

Sembur anai-anai

Assalamualaikum

Lagi penyelesaian dari ujian kecil sebelum ini. Sejak duduk rumah ni, sudah 2 kali sembur. Masa tu masalah anai-anai ni tak teruk sangat. Tapi disebabkan dah lama tak panggil diorang datang sembur. Maka makin meriah lah anai-anai berpesta di rumah ni. Masa beli dulu takde pula anai-anai. Bila orang sebelah dah buat (sembur anai-anai), dia lari rumah kita pula. Orang sebelah pun ada sebab orang sebelahnya buat. Macam tu lah kaedahnya.

Lihat sahaja kesan penaklukan anai-anai di rumah saya ni...

Dalam bilik. Frame yang sebelum ni nampak elok sahaja. Tapi setelah diketuk oleh mereka nyata telah di makan dalamnya. Jadi mereka telah membuangnya. Kenalah ganti yang lain.

Kayu tu sengaja dipecahkan oleh mereka kerana telah kosong dalamnya. Bila kita sembur sendiri. Anai-anai ni makin meriah pula. Kata mereka anai-anai ni lari tempat lain.

Disebabkan ada anai-anai, maka saya ambil keputusan nak tukar keseluruhan pintu kepada aluminium dan fibre. Kalau tahu dari awal guna material ni lebih baik. Jimat duit juga, sebab lebih murah kosnya. Siapa-siapa nak buat kitchen cabinet yang mana kawasan rumah ada anai-anai baiklah guna material bukan kayu untuk langkah keselamatan. Cantik juga (tengok di rumah adik dengan pakcik masa pergi Johor baru ni).

Untuk mereka yang mencari perkhidmatan sembur anai-anai di rumah boleh telefon nombor ni : 016-6618873 (Kumar). Saya panggil dia sebab officenya dekat dengan rumah. Puashati juga dengan perkhidmatan mereka. Peramah juga orangnya.

Mula-mula dulu kena RM80 je.. sekarang RM150. Tengok pada jenis ubat. Ada ubat sekali untuk lipas dan cicak (murah sikit), tapi kurang berkesan untuk anai-anai. Lagi satu untuk anai-anai sahaja.  Yang ni mahal sikit sebab ubat dah naik harga katanya. Kalau yang ni memang anai-anai tu mati dan lambat nak datang lagi. Macamana pun kena sembur 2 bulan sekali sebagai langkah berjaga-jaga.

Saya tak buat yang tebuk lubang. Sebab ramai kata ada juga anai-anai bila buat. Dahlah kosnya mahal. Harap lepas ni takdelah nak membiak lagi.



7 ulasan:

  1. seriau bula roma bila baca kisah anai-anai... harapnya rumah saya tetap bebas anai-anai even dah tinggal lama... risau juga kalau balik nanti mereka sedang berpesta... huhuhu

    BalasPadam
  2. mmg geram dgn anai2..kat rumah saya ni pun sama..frame pintu dah dimakan anai2...

    BalasPadam
  3. betul..guna jenis moden mmg jimat...
    tapi kalau kayu mmg kegemaran anai2 la..xkiralah kita pakai kayu mahal sekalipun...

    BalasPadam
  4. Adehhh!! tension tul kalau Mr A tu menyerang kan..

    Sabo ye kak, mudah-mudahan dapat penyelesaian :D

    BalasPadam
  5. uiii anai2 memang mengerikan....kalau ada jiran nak sembur racun anai2, rasanya lebih baik kita pun sembur sekali supaya tak berpindah ke rumah kita plak kan

    BalasPadam
  6. ngeri betul kalau anai2 dtg menyerang ni..saya rasanya umah ni dh 2 kali sembur tp alhamdulillah tak pernah nmpk ada anai2 cuma semut jer byk..

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...