بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Khamis, 21 Februari 2013

Screen iPad pecah.. ujian lagi


Assalamualaikum

Baru perasan screen iPad saya dah pecah. Anak kesayangan dah jatuhkan. Ingatkan takde apa-apa tadi. Sebenarnya dah banyak kali iPad ni bertahan. Kalau ikut jatuh. Rasanya lebih 10 kali dah anak kesayangan tu jatuhkan. Sedih pula rasanya. Hadiah dari AI tak di jaga dengan elok.

Tak bagi, nampak kita pegang dah tentu dia nak. Kalau tak bagi.. biasalah mesti merengek. Lagipun saya bagi sebab dia banyak belajar menggunakan application (education). Dah kenal warna dan anggota badan dalam bahasa inggeris. Memang dah macam Iman punya pun. Saya berpeluang pegang masa dia tidur je.

Sedang mencari tempat yang boleh repair dengan harga yang berpatutan. Masa google ramai sebut-sebut di Pertama Kompleks. Dah jumpa alamat dan contact. Baru lepas hantar Email. Tanya boleh repair ke tak? Lupa pula tanya berapa kosnya. Kalau mahal memang tak berbaloi nak repair. Baru je plan nak beli tablet yang harga RM200 lebih untuk Iman. Sebab risau tengok dia duk pegang iPad ni. Nampaknya risau tu yang terjadi dulu.

Nak marah budak-budak. Bukan dia tahu apa pun. Benda ni kan berat. Terlepas... sebelum ni masa baru-baru beli, ada juga dia mengamuk dia baling ;) Tak bagi orang lain selain ummi dan ayah dia pegang. Masa tu takde apa-apa pula. Mungkin sebab guna casing original dan tutup penuh. Tapi bahagian bucu terbuka. Kemek bila dah jatuh. Tukar yang lain.. Tutup bucu sahaja pulak.

Dah Email AI bagitau. Mesti pening juga AI mendengarnya. Sabar je lah. Nak buat macamana. Boleh repair, hantar repair je. Yang penting masih bernyawa :)

Dah pecah ni, memang kena sorok, sebelum bertambah parah. Sementara ni guna casing lama balik. Tertutup bahagian yang pecah. Cuma keyboardnya dah naik ke atas sikit. Mungkin kesan pada bahagian yang retak. Susah sikit nak taip bila dah sampai bawah.

14 ulasan:

  1. Sabar ye kak...cuba tgk2 lagi kalau ade tempat yg murah untuk di repair....

    BalasPadam
    Balasan
    1. err..tak suka jadi suka..?
      mcm mane tu..hihihi...
      NUr xkenal org tu kak... :)

      Padam
  2. sabar kak...ujian 2 allah nak bagi kat kita

    BalasPadam
  3. sabar je kak..ujian tu..mnguji kesabaran akak dlm membesarkan iman :)

    BalasPadam
  4. Anak - anak kan ujian kita..

    Galaxy tab akak baru beli 4 bulan hilang di Bandung. anak punya keje.. nak wat cam ne. Redhooo.

    BalasPadam
  5. sabar je la...in shaa Allah dapat repair

    BalasPadam
  6. aduhh mahal jgk tu klu nk baiki kan kak..

    BalasPadam
  7. Iman masih belum mengerti lagi Rose. Bila dah rosak tak dapat main kesianlah pulak kan.. Macam cadangan nak belikan dia tab itu kakak rasa lebih baik..

    BalasPadam
  8. isshh..mmg dugaan kan..sabor jer la..

    BalasPadam
  9. sabar yer....

    akak mmg belikan tab murah utk anak bujang... x ralat kalau rosak

    BalasPadam
  10. sayangnya dh pecah...saya belum belikan untuk mia walau dh acap kalai di minta..papa doa kata tgg besar sikit...bukan apa kalau pecah rosak..aduh....

    BalasPadam
  11. Dulu Iman pun pernah pecahkan screen tablet babah dia! Mmg rs nak marah tp apalah sgt harga tablet jika dibandingkan nilai seorang anak! Ni Marya nak cerita Iman, sekadar berkongsi...hehehe... Iman bukan je pernah pecahkan scree n tablet tp pernah tumpahkan air atas TV sebelum seminggu nak raya... Pernah pecahkan screen pc jugak! Rasanya kita semua hadapi dugaan yg sama... Just enjoy the moment! hihihi

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...