بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Ahad, 3 Februari 2013

Satu masalah dah selesai

Assalamualaikum

Sambungan dari entri sebelum ni. Satu dari ujian kecil sudah selesai. Tengahari tadi, Din (tukang rumah berbangsa Indonesia) datang menyelesaikan masalah air tangki yang melimpah masuk dalam bilik bersebelahan tempat letak tangki. Katanya bukan masalah pelampung (bola) tapi stopper longgar dan ada paip pecah.

Bila saya tanya kenapa air melimpah sampai dalam bilik. Katanya air masuk disebabkan paip. Dia dah betulkan. Lepas ni jika air melimpah tidak akan libatkan kawasan bilik lagi. Alhamdulillah, lega rasanya. Bila tanya upah... free sahaja. Sebab tiada barang yang ditukar. Kesian juga sebab kena naik ikut bumbung, panas-panas pula tu. Tangga tak cukup tinggi untuk naik terus ke bahagian tangki.

Sebenarnya saya dan AI dah biasa dengan Din ni. Kalau benda kecil-kecil memang free je ;) sebab dah macam kawan. Dia pun baik dan berbudi bahasa. Kalau ada sesiapa nak renovate rumah bolehlah telefon dia (0143333129). Keutamaan kawasan lembah Klang. Sebab dia tinggal di Taman Sentosa. Hasil kerja dia memang puashati.

Lepas ni selesaikan masalah kipas pula dan panggil orang datang sembur anai-anai. Dah dapat nombor Alpha tadi. Isnin baru boleh call.

Dah selesai... Sempat beli vakum tadi. Tak tahan nak buang habuk dengan bulu-buluan ;) asyik terbersin je nanti. Guna vakum senang.. Sedut je.. Dah lama takde vakum ;) vakum lama brand electrolux juga tapi guna beg. Bila beg takde payah. Jadi tinggal je masa pindah hari tu walaupun masih elok. Sekarang dah pandai beli yang tanpa beg.


Harga asal RM299. Ada offer RM260. Tapi saya minta RM250. Dah biasa beli barang di Onking, Bayu Perdana. Jadi memang suka lah minta kurang. Kenalah pandai cakap. Biasanya cash memang bolehlah. Sebab lain nak collect mata ganjaran Bonuslink ;)
Bila fikir-fikir balik. Beli barang ni kena fikir betul-betul buruk baiknya. Macam katil kalau beli yang berkaki, dah tentu habuk ada bawah katil (ayat nak cari katil baru). Pengsan AI. Bila ada duit sikit je macam-macam nak di beli ;) tapi katil dan tilam memang dah lama plan nak beli. Kebanyakan harta (barang) kami semuanya dah mencecah hampir 14 tahun. Bertahankan? Kira rezeki yang Allah tak tarik lagi. Kami bukan jenis suka tukar-tukar barang dalam rumah. Rasa membazir. Selagi boleh guna. Guna. Takut kufur nikmat.

Panjang pula cerita. Bila berdua.. payah sikit nak tidur... mujur ada blog untuk berbicara ;)

11 ulasan:

  1. alhamdulillah..selesai dah...
    nanti isnin jgn lupa call...
    baik kipas pula.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heee....Terima kasehh...
      Doakan Nur tabah ye kak... :)

      Padam
  2. alhamdulillah masalah selesai
    risau juga , pasti penat kan kalau masalah yg sama berulang ..

    wahh dah ada vakum baru .. semakin rajin .. ;)
    aah dik , beli brg skrg semua kena fikir kepentingan dia .. kalau tidak membazir , nak2 skrg barang semua mahal huhu

    BalasPadam
  3. Lega hati bila mslh settle kan

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah dh settle...
    kat rumah sy pun xde vacuum..ingat nk beli juga, boleh vacuum dlm kereta sekali...

    sy pun jenis yg xsuka tukar2 barang...selagi boleh pakai, kita pakai

    BalasPadam
  5. untung ada kawan yg baik hati cmni,free of charge lg.hehe..

    benda yg dh ada n masih elok boleh guna buat apa nak ditukar kan?

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah kak bila dh settle kan...lega rasa :-)

    BalasPadam
  7. syukur dah settle masalah tu. untung ada org yg tolong dgn ikhlas kan...

    BalasPadam
  8. alhamdullillah dah settle satu masalah !

    BalasPadam
  9. saya pun rose byk brg yg dah berusia hampir 13 tahun...hihiihi..cuma tilam jer baru ni bertukar sbb dh keluar spring..

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...