بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Rabu, 6 Februari 2013

Salam takziah buat rakan blogger Mummy D'Shire's Eden

Assalamualaikum

Mummy

Perjalanan hidup setiap orang berbeza dan setiap yang berlaku adalah apa yang ditentukan oleh Allah. Bermula dari saat kita dihidupkan dan juga saat kita dimatikan. Belum lagi dengan ujian hidup yang bakal kita tempoh. Setiap orang mahukan perjalanan hidup yang sempurna, namun siapalah kita untuk untuk menentukannya. Semuanya sudah tertulis sebagai qada' dan qadar dari Allah.

Buat rakan blogger Mummy, semoga terus tabah melalui hari-hari mendatang setelah kehilangan arwah suaminya di saat umat Islam menyambut hari keputeraan Nabi Muhammad SAW pada 24 Januari yang lalu.

Saya menerima perkhabaran duka ini daripada blogger Marya. Masa tu saya cukup sedih dan terharu kerana teringatkan Mummy yang baru sahaja di anugerahkan seorang putera. Di samping dua orang puterinya yang juga masih kecil. Cukup sedih bila teringatkan anak-anak mummy, semoga mereka tabah tanpa seorang ayah di sisi.

Memang berat dugaan yang menimpa Mummy. Saya doakan semoga Allah sentiasa berikan kekuatan dan petunjuk yang baik buat Mummy dan anak-anak. Semoga Allah juga sentiasa melindungi, merahmati dan permudahkan kehidupan Mummy sekeluarga.

Alfatihah buat arwah Muhammad Adam. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan dirahmati Allah.

Singgah lah di blog Mummy, semoga dengan persinggahan kalian dan kata-kata semangat dari kalian boleh mengubati sedikit perasaan sedih yang menimpanya.

18 ulasan:

  1. semoge roh ditempatkan dikalangan org2 beriman..kite juga bakal menyusul T__T

    BalasPadam
  2. Al-fatihah....
    Takziah buat beliau sekeluarga..
    moga tabah hendakNYA...

    BalasPadam
  3. sedihnya..al fatihah utk arwah suaminya..moga ditempatkan di kalangan orang yang beriman .amin

    BalasPadam
  4. alfatihah .. semoga mummy tabah
    sedihnyaaa akak x dpt bayangkan huhuh

    BalasPadam
  5. Betullah siapa pun dan apa pun milik kita tak akan kekal. Semuanya adalah pinjaman Allah buat kita. Lama atau sekejap tidak kita ketahui,

    Moga allahyarham Muhammad Adam ditempatkan bersama mereka yg beriman. Takziah buah isteri, anak-anak dan keluarga beliau.

    BalasPadam
  6. Al Fatihah...Semoga blogger Mummy terus tabah

    BalasPadam
  7. alfatihah.. smga arwah ditempatkn bersama org2 yg beriman.. amin.
    smga mummy tabah menghadapi dugaan yg hebat ini.

    BalasPadam
  8. Al fatihah....moga rohnya bersama orang2 beriman....

    BalasPadam
  9. Al-fatihah dan takziah pada mummy.. moga Allah sentiasa melindungi beliau dan anak2.. berat mata memandang, berat lg bahu yg memikul :(

    BalasPadam
  10. al-fatihah..nsib kita esok lusa pun siapa yg tahu.Berat mata memandang berat lg bahu memikul..

    BalasPadam
  11. al-fatihah moga rihnya dicucuri rahmat amin.. berat mata memandang.. berat lg bahu memikul...

    BalasPadam
  12. Salam UI,
    Terima kasih atas ingatan..
    Mummy sangat terharu dan berterima kasih pada teman blogger..
    Kalian sangat baik,.
    Semoga allah merahmati semua kita,
    amin

    BalasPadam
  13. tabahlah hendaknya dia sekeluarga.

    BalasPadam
  14. Alfatihah dan salam takziah..kesian anak2 masih kecil...semoga tabah

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...