بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Selasa, 5 Februari 2013

Sakit tekak dan selsema semalam

Assalamualaikum

Semalam tak keluar entri sebab tekak bermasalah lepas salah makan malam sebelum tu. Bila dah tekak bermasalah mulalah selsema tak berhenti. Tekak saya memang sensitif. Kalau ada yang dia tak terima memang akan terus rasa semacam. Bila tekak bermasalah automatik hidung pun bermasalah sama. Alhamdulillah hari ni tekak dah sembuh, cuma hidung dalam proses nak pulih sepenuhnya. Masih tersumbat sikit.


Ubat batuk Hurix's Gamat & Madu Plus ni banyak membantu. Sejak pertama kali cuba terus jatuh cinta. Masa tu berbotol-botol ubat batuk klinik minum tapi tak baik. Petua juga dah cuba. Bila cuba yang ni alhamdulillah. Harga antara RM9.90 - RM12. Di Econsave paling murah RM9.90. Saya bekalkan 3 botol untuk AI. Lama juga dia batuk sewaktu di sana. Mak mertua saya pun kata bagus. Kalau minum boleh terus rasa lega sikit batuk. Tapi satu botol ni boleh 4 kali (15ml) je untuk orang dewasa.

Bukan setakat melegakan batuk tapi ianya untuk mengurangkan kahak, sakit tekak, suara serak, panas badan dan selsema. Kanak-kanak yang berusia 1 tahun ke atas boleh minum. Saya bagi Iman. Pedas dia kata. Rasa berangin sikit. Tak kuat sangat. Ianya adalah olahan dari sumber herba.

Alhamdulillah Iman pun semakin pulih dari selsema. Ada masa-masa je keluar. Dia pun ada alahan. Dah berjangkit dari saya dan AI. Selalu cium dia ;)

Walaupun sakit tekak dan selsema semalam. Selera makan peria (besar) goreng berlada, campur karot dan ayam. Iman pun makan. Dia pun selera. Terkejut pula tengok dia makan. Selalu payah nak makan nasi. Cerewet sikit bab makan.

Potong peria bulat-bulat buat rasanya lebih sedap bila di makan. Tiru mak saudara AI ;) cepat dan mudah. Potong bulat-bulat, lepas tu baru buang biji di dalam.

12 ulasan:

  1. Hari itu anak dara kakak batuk pun kakak belikan ubat batuk ini di sinseh. Nampaknya serasi bila dia call suara dah tak serak lagi...

    BalasPadam
  2. ubat ni alhamdulillah.. berkesan, kalau amir selsema dan batuk pun bg minum kurang sikit... kami pun diserang sakit tekak.. makan limau banyak sgt agaknya..

    BalasPadam
  3. nak kena standby kat umah gak ni

    BalasPadam
  4. assalamualaikum ummi...semoga cepat sembuh yer...:)

    BalasPadam
  5. alhamdulillah dh sembuh
    xpernah try ubat batuk ni

    BalasPadam
  6. oo kak sakit ya..semoga cepat sembuh ya..

    BalasPadam
  7. semoga cepat sembuh ya.. Iman pun sama.. moga cepat cergas semula.. Hurix ni mmg bagus sebab berasaskan gamat..

    BalasPadam
  8. ubat tu mmg bkesan..
    makcik nur mmg xlekang denagn ubat tu

    BalasPadam
  9. bgus gak ubat ni ye.. asya dh mcm2 ubt mkn, x sembuh2 jugak batuk dia

    moga beransur sembuh

    BalasPadam
  10. saya pun guna ubat ni jugak rose..mmg berkesan..

    BalasPadam
  11. belikan utk anak2 tp tak jln pun. tp yg kanak2 punya la.

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...