apa yang terlintas difikiran

Terima Kasih

Isnin, 25 Februari 2013

Pintu kabinet dapur yang baru aluminium + fiber

Assalamualaikum

Hari yang cukup penat. Tak tahulah kenapa. Dari tengahari sampai maghrib baru habis urusan. Mulanya bawa mak ke pejabat pos. 3 tempat juga pergi.. memang ramai orang. Akhirnya terpaksa akur menunggu (dalam kereta bersama Iman dan che Nayli). Lepas tu pergi workshop kereta. Check bateri. Sebab pagi tu adik saya kata tak boleh start masa dia nak alihkan kereta. Mujur masa saya nak keluar boleh start. Bila check memang bateri dah lemah. Jadi, ganti yang baru.

Balik rumah menunggu orang buka kabinet lama dan gantikan yang baru. Lama juga. Yang belum tahu kenapa kena tukar, boleh baca DI SINI. Baru je nak mandi, datang pula orang untuk betulkan water heater yang tiba-tiba tak panas. Mujurlah under warranty lagi.

Ini rupa yang asal. Luar nampak elok, tapi dalam sebahagian dah kena makan anai-anai.

Ini rupa pintu table top yang baru (frame aluminium dan ditengah tu fiber) dengan keadaan yang masih bersepah ;) nak kena ada mood mengemas dulu. Nampak sangat tak sabar nak update ;)

Simple je kan. Sekarang atas dan bawah dah tak sama. Biarkan, janji hilang masalah yang dihadapi. Tak sanggup nak tengok anai-anai lagi. Yang ni Iman tak pandai nak buka. Lega. Kalau tak asyik buka je main senduk dengan sudu ;)

Tak tahulah mahal ke tak (kosnya RM800). Panjang table top ni 11 kaki. Tapi murah lah berbanding yang lama. Yang penting tahan lama dan kos baik pulih murah. Jika ada yang nak buat macam ni bolehlah ke kedai cermin. Saya buat sliding. Jimat ruang. Bila buat macam ni dah tentu dalamnya tiada sekatan dan para. Jadi kenalah cari alternatif sendiri untuk menyusun barang. Boleh buat laci tapi saya tak mahu. Ada juga jenis fiber yang bercorak.

20 ulasan:

nurbijen berkata...

cantiknya kabinet baru.... kalau fiber ni mmg selamat dari anai-anai ek?

Ummi Iman berkata...

Selamat. Sebab anai-anai tak suka.

Harith Iskandar berkata...

anai2 mmg mprob utama kalau dgn kayu ni.ade sembur ape2 tak dulu?
tp yg baru ni pun cantik jugak kan...semoga timbulkan mood baru untuk masak yg paling sedap :p ehe
xnak jemput kite org dtg rumah ke...ehehe

Selipar Putih berkata...

dah gak ada dah..iman ingt dulu cter akk dgn mslh anai2 2

Cik Nur berkata...

cantikk.. :)
nampak simple tapi menarik..

Ummu Muhammad berkata...

UIIII!!! UM teringin da lame nk ade kabinet simple mcm UI ni jelah..taksaba nk main masak2 dengan muhammad bile da besa sket nnti tapi apakan daye nk buat saje beribu riban..tunggu kewangan stabil gituww hahah

NoEn berkata...

kita suka...simple aje
haish bila la dapur kite nak ad kitchen cabinet yer...

Ema Blog berkata...

cantik...

are_lin@yu berkata...

nmpk lbih kmas la kak..suka tgk ;)

yan's cottage berkata...

kabinet dapur sekarang nie..memang mahal sangat.....contohnya masa yan buat dulu RM 3500 sekarang kawan buat sama...RM 10.000 hmmm...mahalnya....

izan mama mia berkata...

nampak lebih cantik dan terkini..eheh..

sal ya berkata...

rasanya yang bawah tu lagi senang nak manage kan?

QasehnyaRania berkata...

cantik..kalau selamat dari anai2 .alhamdulillah kan.sesak nafas kalau cik anai2 mai melawat kan

Tihara berkata...

tetap cantik yang baru ni..pandai UI pilih :)

Masya berkata...

bgs jugak yer.. tq dah dapat idea.... manalah tahu kot² hubby berkenan.. sbb ada ternampak tp yg bercarak bunga kat ruang kabinet tu...

aTieYusof Family berkata...

cantik dan mesti lebih tahan lama..
nti dah susun pinggan mangkuk dlm tu lagi kemas dan teratur:)

Marlina Mohtar berkata...

sama lah..saya ni dah lama teringin nak buat kabinet, tapi ongkosnya belum ada hehe

Puan Kutu berkata...

yg penting masalah anai2 dh selesai.Alhamdulillah..:)

mizzura berkata...

janji tak hadap anai anai sudahhh...

Myra Jay berkata...

Luar kemain cantik lg, tapi dalam anai2 dah bermaharajalela..

Tp okla dapat yg baru, dapat atasi masalah :D