بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Ahad, 3 Februari 2013

Anjing dalam kedai pakaian

Assalamualaikum

Hari ni genap seminggu AI meninggalkan kami kerana mencari nafkah. Tiba-tiba rasa cepat juga masa berlalu. Bila jauh nak cepat-cepat je bila dekat nak rasa lama ;) kalau dah biasa tak rasa berbanding beru-baru ditinggalkan. Pengalaman mendewasakan ;)

Berbalik pada tajuk entri... tadi ajak mak buat rawatan resdung di Meru. Baliknya singgah econsave cari barang dapur. Mak cari minyak masak yang 'berkenan', tapi malang tiada. Penuh dengan cop Econsave ;) tak beli sebab nampak keruh je minyak tu...

Disebabkan tiada, singgah MyMydin pula. Jumpa brand Alif.. Keruh juga minyaknya. Yang penting Alif ;) sebenarnya mak saya biasa beli Sri Murni. Saya pula sekarang ni guna minyak cap bunga matahari ;) jaga kesihatan kononnya.

Masih tak sampai lagi apa yang nak diceritakan ;) melalut je. Sebenarnya nak bagi panjang sikit ayat ;) oklah macam ni kisahnya. Sedang mak saya masuk dalam MyMydin. Saya yang tunggu dalam kereta ternampak lah budak kedai halau anjing keluar dari kedai pakaian tu. Masa anjing tu keluar di langgarnya baju-baju yang tergantung dalam kedai tu. Apa yang kalian fikir?

Bukan mudah nak tahu kesucian segala apa yang kita makan dan pakai.

22 ulasan:

  1. huhu..
    klo org y halau anjing tu islam & jujur, dia ptt asingkan baju2 t terkena anjing tu.. rsanya ptt disamak.. tapi kalo kering sama kering xpekan.. ( tp klo sy , ttp rasa kotor) kalo bdan anjing tu basah, mmg WAJIBla baju tu disamak.. eyh... perbetulkan kalo sy silap..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Susah rasanya nak buat mcm tu.. kedai non muslim. Yg terkejut sgt tu sebab pernah beli baju kat situ ;)

      Padam
  2. kalau akak tau, tak sanggup nak pakai, geli rasanya

    BalasPadam
  3. iman bukan nak ckp tapi hari tu iman g masjid kat putrajaya ada anjing berkeliaran kat c2 depan pintu masuk tapi guard buat rilek je..cnfrm la iman dah pikir bukan2

    BalasPadam
  4. kedai baju tu kedai melayu atau sebaliknya?

    kalau saya cofirm saya tak akan masuk dan beli

    BalasPadam
  5. alahai macam mana boleh jadi macam tu?mmg ssh la..tp klu kita tak tahu takpe kan..

    BalasPadam
  6. alahai....xtahu nak kata apa
    kalau anjing tu kering, xpe la xperlu samak
    kalau dia basah?hmmm

    BalasPadam
  7. alamak!! mcm mane yer.. kt pembeli ni manalah tahu baju tu pernah terlanggar anjing...

    BalasPadam
  8. eeeiii xsanggup nak pakai baju dr kedai tu...

    BalasPadam
  9. adeh....memang teruklah kalau terbeli baju tersebut kan...

    BalasPadam
  10. hmm..klu anjing tu keirng tak pakan..tp wallahualam lah semua ni..huhu

    BalasPadam
  11. erk! klu sy tak mau dah beli baju kt kedai tu.. dari was-was nak pakai baik tak payah.. terpulang pd individu lah lah kan?..:)
    minyak banyak habis plak ye..

    BalasPadam
  12. hurmmm tu kalau nmpak, kalau tak nmpak, sampai bila pon kite taktaw akan kesucian baju yg dibeli tu kan...hurmm...

    BalasPadam
  13. aduh tu dah nampak kan
    kira boleh elak
    kalau x nampak macam mana
    huhu kalau akak kejam mata .. x nak tgk
    sbb baru rasa x bersalah huhuh aci ?

    BalasPadam
  14. assalamualaikum ummi...memang x tahu nak ckp apa kan kalau kita nampak mcm tu x apa tapi yg x nampak bagaimana ek...

    BalasPadam
  15. salam ummi iman.
    Lama ta tak masuk sini.pekabar?

    BalasPadam
  16. err...dah2 saha2 baju tu tkena najis...
    kena samak balik....

    pmilik kedai tu melayu ke x..?

    BalasPadam
  17. itu cerita kat kedai baju... kat kawasan perumahan ni plak, ada jiran yg sidai baju kat belakang umah. masa tu anjing2 byk je berkeliaran n tido kat lorong belakang ni. kita yg nmpk ni risau plak...

    BalasPadam
  18. alahai macam mana leh anjing masuk.. emm?? guard mana?

    BalasPadam
  19. alahai..tak best la gitu..huhuhu

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...