بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Khamis, 7 Februari 2013

Make up dinner adik

Assalamualaikum

Hari Selasa baru ni adik minta tolong make upkan dia yang nak pergi dinner anjuran syarikat dia bekerja. Biasalah mana-mana syarikat mesti ada buat acara tahunan kan? Orang tak bekerja macam saya dinner juga ;) bezanya tak perlu melaram dan tak meriah :)

Saya taklah pandai sangat. Siap pergi kursus lagi. Tapi itu dah lama. Maklumlah saya sendiri tak make up. Macamana boleh nak belajar make up pun saya tak tahu. Masa tu saya nak buka salun. Jadi semua benda saya belajar. Dari cuci muka, gunting rambut, urut dan mengandam.

Sebenarnya segala kemahiran datang dari pengalaman. Belajar dan melakukan dua perkara yang berbeza. Jadi siapa yang memang dah pandai make up hanya perlu belajar tekniknya sahaja. Kalau dah minat semua boleh jadi. Saya bukan berasal dari minat tapi lebih kepada untuk memperolehi pendapatan. Ada juga tak puashati dengan hasil kerja yang dibuat. Jadi memang ianya tak tahan lama. Adakala bila suasana tempat kita nak make up buat kita tak selesa boleh stress juga ;)

Adik saya Ain. Ibu kepada sepasang cahaya mata.

Budak kecil ni nak juga tolong ;). Apa kita buat semua dia nak buat sama.
Semakin lama semakin tiada minat nak buat. Setakat tolong-tolong macam tu bolehlah. Itu pun buat keluarga dan saudara mara. Mungkin sudah tak sesuai dengan usia ;)

5 ulasan:

  1. Kalau kakcik, pakai bedak dengan gincu je. :)

    BalasPadam
  2. itu dah make up ye..?
    cantik je nur tgk...
    kira berbakat jugaklah akak ni.... :)

    BalasPadam
  3. wahh..jom akak make up ayu plk..hihi..tringin nk rasa org make up.hehe

    BalasPadam
  4. rugi la akk tak praktikkan skill yg ada..boleh bukak salon nie..tp klu bidang yg kita buat tak dipupuk dengan minat susah juga...:)

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...