بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Rabu, 13 Februari 2013

Makan Kacang Pool Haji, Johor Bharu

Assalamualaikum

Sebelum balik adik ipar bawa kami makan Kacang Pool pula yang terletak di Medan Selera Larkin. Beriya nak suruh kami rasa. Semuanya pertama kali mencuba. Masing-masing terpinga-pinga apa dia kacang pool. Macamana makannya. Akhirnya semuanya terjawab bila sampai depan mata ;)

Inilah dia kacang pool yang dimaksudkan. Makan dengan roti. Sedap juga rasanya. Cuma saya diet telur sekarang ni :). Yang lain habis. Roti tak cukup satu. Sedaplah rotinya.

Adik saya Ayut dan Ain yang baru nak mencuba. Sebenarnya adik yang suruh ambil gambar dia ;) bagus juga.. Nampak juga signboard Kacang Pool Haji kat belakang tu.

Kedai ni pernah masuk rancangan Jalan-Jalan Cari Makan. Katanya lepas masuk rancangan tu ramai yang datang berkunjung di sini. Memang penuh pun tempatnya. Macamana rasanya.. tak tahu nak cerita. Kena cuba sendiri. Yang penting tidak menyesal jika mencuba ;)

10 ulasan:

  1. owh yeke?kacang pool?nik nama insyallah BK try la

    BalasPadam
  2. kacang pool...!
    jauhnya kalau nak pergi mencuba...

    BalasPadam
  3. Kakcik pernah makan di situ beberapa tahun dulu. :)

    BalasPadam
  4. Ramai yg dtg JB akan masuk sini Rose. Kalau yg suka memang tak cukup roti yg diberi.

    BalasPadam
  5. tak pernah rasa,..tapi nampak menarik

    BalasPadam
  6. xpernah rasa juga...macam sedap jer

    BalasPadam
  7. Lamanya tak makan macam ni, alahai terliur la pulak.. :P

    BalasPadam
  8. baru tgk pasal kacang pool ni kat paper.

    BalasPadam
  9. kacang pool...ooo..aritu ada nmpk kat JJCM..

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...