بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Selasa, 19 Februari 2013

Kak Mah Tomyam cari bubur nasi

Assalamualaikum

Selepas makan durian crepe di Titiwangsa. Kami bergerak ke Kak Mah Tomyam pula yang terletak di Jalan Sultan Ismail cari bubur nasi. Bila kurang sihat selera nak makan bubur :) sekarang nak makan bubur mesti datang sini. Walaupun jauh sanggup pergi ;)

Tunjuk sikit menunya. Che Nayli sibuk nak tengok tab. Berlawan dengan Iman.

Belah kanan tu tauhu. Sedap pula dia masak. Kiri tu cendawan.

Sotong kering + ikan masin. Yang hijau tu asparagus. Tu yang bersungguh sangat nak makan sini lagi, sebab nak makan asparagus ;) menu lain yang tiada dalam gambar taugeh.

Selera masing-masing makan. Termasuk anak kecil. Order laicikang nak sejukkan badan lepas makan durian crepe. Sendawa masih lagi bau durian ;) Walau simple je menu, harganya boleh tahan ;)

7 ulasan:

  1. Tauhu tu di masak ape ye.,?
    nampak sedap...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak tahulah masak apa ;) ambil letak dalam piring je :)

      Padam
  2. selera tgk mknan tu..lpar jgk ni..hehe

    BalasPadam
  3. wah, semua nampak sedap! kecur air liur tgk gambar2 tu

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...