بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Selasa, 12 Februari 2013

Jenguk Legoland malam-malam

Assalamualaikum

Lagi satu tempat yang menjadi tumpuan bila ke Johor, Legoland. Kami pergi malam, hampir pukul 10. Outlet-Outlet yang ada pun sudah tutup. Sebelum nak ke pintu masuk Legoland ni ada deretan kedai kiri dan kanan. Ada juga stall kecil di tengah-tengah. Jauh juga jalan dari parking nak ke Legoland ni.

Inilah dia pintu masuk Legoland

Ambil gambar buat kenangan. Iman masa ni dah berlari sana sini. Seronok tengok tempat luas.

Nampak tak Iman antara huruf L dan O tu.. 

Lokasi Legoland ni terletak di bangunan yang di beri nama Mall of Medini. Satu kawasan yang sedang di bangunkan oleh kerajaan Johor yang diberi nama Medini Iskandar Malaysia, Nusajaya, Johor. Pembukaannya dalam bulan September, 2012.

Di sebelah Mall ni terdapat sebuah hotel yang sedang di bina. Kata adik ipar saya, tak lama lagi Theme Park juga akan di bina. Dah lama tak pergi Johor. Bila datang sini.. rasa kagum juga dengan pembangunan yang sedang dijalankan. Lebuhraya juga besar dan mudah untuk ke satu-satu tempat. Yang menarik tiada tol ;)

Lepas pergi sini. Kami pergi makan Yong Taufu yang terletak di Dataran Bandaraya, Johor Bharu. Semua berniaga menggunakan van. Menunya pula kebanyakannya Yong Taufu. Sedap juga. Nak pergi Danga Bay. Tapi hujan dan dah lewat. Jadi rancangan tu di tunda esok.

8 ulasan:

  1. Hamboi iman...susah ummi nk control yer.. cntik permandangan kat situ waktu malam kan?

    BalasPadam
  2. assalamualaikum ummi...kenapa lambat sampai kalau tidak boleh tengok pertunjukkan bunga api pada pukul 8 mlm semalam...:) ...

    BalasPadam
  3. Wahhh ke legoland tuuu....pi malam xla panas sgtkan. Cikgu nak tggu legoland siap spenuhnya baru nak pi hihi

    BalasPadam
  4. Nur xpernah sampai legoland lagi..
    jauh beno dari perak..huhuh..

    seronoknya iman berjalan2...

    BalasPadam
  5. danga bay pun ada benda apa je kt sana.hehe dh smp legoland tu ok la.semua org nak kesana..mesti iman suka..:)

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...