بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Isnin, 18 Februari 2013

Durian Crepe di Titiwangsa akhirnya

Assalamualaikum

Semalam lepas semua dah kena virus selsema. Rasa nak ambil angin luar, kalau-kalau boleh sihat ;) Iman demam dah sembuh cuma selsema tak hilang lagi. Tapi taklah teruk. Ummi dia pun dah berjangkit. Mak dan adik-adik saya pun kurang sihat. Saya ajak diorang pergi rendam kaki di Kolam Air Panas, Setapak. Lepas rendam kaki pergi tasik Titiwangsa pula.

Ramai sungguh orang. Nak parking pun susah. Akhirnya lepas pusing-pusing dapat juga parking. Masa pusing-pusing nampak orang jual durian crepe dalam boot kereta. Wah! ada peluang ni nak rasa. Macam tau-tau je teringin. Asyik orang sebut-sebut je. Tengok dalam tv lagi.. harus cuba juga ni. Kuat betul pengaruhnya ya ;)

Jadi siapa-siapa yang teringin tu.. pergilah tasik Titiwangsa :) satu bekas tu ada 5 ketul (betul ke panggil ketul?) harganya RM10. Saya makan sekali 3. Sedap. Dua lagi untuk mak dan adik. Mak dengan adik pun pertama kali cuba. Tapi diorang macam pelik je dengan rasanya ;) lepas makan sendawa durian tak hilang-hilang ;)

Inilah rupa Durian Crepe yang di beli. Masih sejuk sebab diorang letak dalam box yang ada ais.


Selit gambar Iman yang tidur kepenatan lepas rendam kaki :) Tak sedar pun masa bawa turun dan bawa masuk balik dalam kereta ;)

Kami singgah sekejap je. Sebab hujan rintik-rintik. Nanti demam pula anak-anak kecil yang ada. Oh ya kami parking di kawasan tempat yang ada orang main kereta remote control di Titiwangsa tu. Nanti puas pusing tak jumpa pula ;)

8 ulasan:

  1. nory tak penah rasa llg durian crepe ni...hehe

    BalasPadam
  2. sayangnyer KA x makan doyan ni hehehe

    BalasPadam
  3. crepe doyan kena makan sejuk2 baru sedap

    BalasPadam
  4. sy tak berpeluang lagi nak merasa durian crepe ni..kat LD ni mcm takde jual.. nak buat sendiri pun harga durian kat sini boleh tahan.. 1kg smpi rm10@12..huhu:)

    BalasPadam
  5. aduhh dah lama juga akak x makan nie dik ;)

    BalasPadam
  6. wahh..ade lagi durian crepe ni eh..
    teringin pula ni..hihihi...

    nyenyak betul ank teruna akak tu tido.. :)

    BalasPadam
  7. mkn sejuk2 memang sedapp....ish teringat2 plak kat crepe ni

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...