بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Ahad, 10 Februari 2013

Dewan Japerun Melaka, kenduri kahwin sepupu

Assalamualaikum


Semalam saya, mak, mak long dan adik-adik pergi Melaka menghadiri jemputan perkahwinan sepupu yang merupakan anak kepada arwah adik lelaki mak saya. Dah lama sangat-sangat tak jumpa keluarga mereka. Arwah pakcik saya dah lama meninggal.

Pening sekejap mencari mana dewan Japerun yang terletak di Gadek tu. Bila google tak jumpa, rupanya kompleks Japerun. Lokasinya tak jauh dengan kolam air panas Gadek dan juga A Famosa Resort.

Kami sampai lewat dalam pukul 4 petang. Orang pun dah takde. Yang penting makanan ada lagi ;) lapar. Bertolak lewat sebab tunggu adik ipar balik kerja separuh hari.

Acik dan anak-anak saudara.

Adik (Ain) bersama putera dan puteri dan anak saudara

Sendiri nak duduk macam tu ambil gambar ;) habis di susun 'bola daun' kat sebelah dia tu

Mak, pengantin (sepupu saya perempuan), mak long dan isteri arwah pakcik.

Masa ni pengantin baru balik ambil gambar di A Famosa Resort. Sempatlah jumpa. Lama juga duduk di dewan. Pukul 5 lebih kami pergi masjid depan dewan. Mandikan anak-anak kecil dan solat Asar di situ. Dalam pukul 6 lebih kami gerak ke Gelang Patah, Johor rumah adik lelaki saya. Sampai pukul 9 malam. Masing-masing tidur lewat (pukul 1). Meriah anak-anak kecil berkumpul ;) sekarang tak bangun-bangun lagi.

















7 ulasan:

  1. kalau umah sedara mara, xper lewatpun..

    BalasPadam
  2. amboiiman nak gak capture sendrik2 ek

    BalasPadam
  3. jauh berjalan, tentulah penat...
    selamat haiway nak ke selatan tak jammed..
    kalau tidak..lagi penat....

    BalasPadam
  4. seronok ..
    aah kalau akak dah jauh memang sampai lewat lahh huhuh

    BalasPadam
  5. cantik pelamin pengantin.cuti2 ni sibuk dengan kenduri kawen jer la kan..:)

    BalasPadam
  6. Nk buat map deqan nie pn ssh gler..

    BalasPadam
  7. Nk buat map deqan nie pn ssh gler..

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...