بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Khamis, 14 Februari 2013

Danga Bay destinasi jalan-jalan terakhir

Assalamualaikum

Kesan rintikan hujan jelas di cermin kereta

Lepas makan kacang pool, kami pergi Danga Bay pula. Masa tu hujan rintik-rintik. Tapi disebabkan nak tengok apa yang ada di Danga Bay, kami pergi juga. Sekadar kenal tempat dan bergambar kenangan.



Sempat kami naik keretapi ni.. dan hujan semakin laju turun. Habis je pusing. Semakin lebat hujan.

Adik saya (lelaki) yang kami bermalam di rumahnya serta bawa kami jalan-jalan.

Puashati, setelah sekian lama tak pergi Johor. Sekali pergi banyak juga tempat kami singgah. Tempat yang selalu orang sebut-sebut tu yang teringin nak tengok. Dapat tengok tak masuk pun puashati ;) Tarima kasih pada adik yang jadi tourist guide di sana.

Lepas keluar dari sini kami singgah rumah sepupu saya (anak mak long) di Yong Peng. Adik saya yang duduk Johor ni ikut sekali. Dalam perjalanan tayar kereta dia pancit. Saya yang ikut belakang dia dengar jelas bunyi angin yang keluar. Kereta unser tak jejas apa-apa, kalaulah kereta saya... Nauzubillah. Dah lah laju masa tu. Orang Plus tiba-tiba muncul tak bagi kami parking tepi. Bahaya katanya. Tunggu kereta Plus datang. Diorang yang tukarkan tayar. Kami terus gerak tunggu di tol Yong Peng.

Baru pertama kali sampai rumah sepupu saya ni. Kagum dengan kejayaan dia dan suami. Mereka dua-dua arkitek. Lepas makan malam kami gerak ke Klang rumah mak. Sampai pukul 12 lebih (malam). Iman dah tidur dari dalam perjalanan lagi. Masing-masing keletihan. Tidur rumah mak dulu. Esoknya baru balik.

13 ulasan:

  1. bestnya dikk
    akak dah lama x sampai dangga bay nie
    masa pndah dari JB ke pahang
    dangga bay x seindah ini ;)

    BalasPadam
  2. Masa cikgu blajar kat skudai, danga bay ni belum wujud lg rasanya

    BalasPadam
  3. assalamualaikum ummi...seronoknya berjalan2 di Danga Bay...:)

    BalasPadam
  4. selalu dgr org sebut je kan, skrang dah pegi..kira oklah..
    nur je belum sampai..bila..entahlah..!

    BalasPadam
  5. Bestnyer jalan2.. teringin gak nak kesana tapi taktau bila..

    BalasPadam
  6. next week pesta layang2 tp tak plan nak pergi sbb tmpt crowded dan budak2 ni baru je kuar wad. bahaya nak bwk jln2.

    BalasPadam
  7. pernah sampai sini....kira oklah menarik juga tempat nie.....

    BalasPadam
  8. Cantik Danga Bay ni..dok tengok kat TV je sllu..belum pernah sampi ke sana..:)

    BalasPadam
  9. Salam kenal...macam best je tmapt ni...harus pergi...follow me back ya...

    BalasPadam
  10. tyar pecah nasib baik takde pape..klu pegi jb destinasi wajib mestilah danga bay!

    BalasPadam
  11. kite dok pernah sampai sini..

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...