بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Sabtu, 16 Februari 2013

Birthday party tergempar

Assalamualaikum

Ramai yang sambut birthday bulan Februari dalam keluarga. Ni untuk anak-anak belum termasuk makcik-makciknya lagi...

Baru sempat online. Hari Khamis baru ni Iman demam selsema. Bagi ubat sejuk sekejap kemudian panas balik. Malam tu ummi dia tak lena tidur. Takut suhu naik mendadak. Kain basah sentiasa ada atas dahi Iman. Semalam petang baru bawa pergi klinik. Masa bawa pergi klinik badan dah mula sejuk dan baru nak keluar peluh sikit, cuma selsema tak hilang lagi.

Dalam kereta Iman dah minta ubat, tak sabar sampai rumah nenek. Saja bawa Iman keluar. Kadang bila tak sihat, tukar angin cepat sikit pulih. Alhamdulillah sampai rumah nenek badan dah tak panas. Tak perlu makan ubat demam. Rasa macam ada gigi baru nak tumbuh. Asyik nak menggigit benda je.

Kebetulan semalam birthday Nayli, saya tak tahu pun. Tiba-tiba adik saya Ain nak buat birthday party. Jadi masing-masing plan nak buat apa. Saya ambil bahagian goreng pasta. Ain beli KFC, Mommy Nayli beli kek Secret Recipes. Selebihnya goreng sosej, kentang goreng dan nugget.

Meriah.. sebab ramai anak-anak kecil.

Berkerumun sebab nampak lilin. Macam biasa kami nyanyi lagu "Allah selamatkan kamu"

Along saya siap tutup lampu. Sebenarnya tak elok tiup lilin. Tapi bergantung pada niat.

Selesai je anak-anak kecil main api ;) semuanya sibuk main. Makanan semuanya tak laku. Sekali sekala berjumpa, lebih seronok main ;)

Semuanya berlebihan. Yang laris hotdog dan nugget je. Ayam KFC pun tak laku sebab semua bahagian daging. Kek pun anak-anak tak tertarik nak makan. Mungkin sebab warnanya. Bila nak cepat macam tu lah. KFC kalau nak bahagian lain kena tunggu 20 minit (memang tak boleh nak tunggu), kek pula itu sahaja yang tinggal (memang tiada pilihan). Sebenarnya sedap keknya. Coklat putih.

12 ulasan:

  1. happy birthday untuk nayli

    semoga iman cepat sembuh

    BalasPadam
  2. bestny sambut birthday tergempak macam ni.. sukanya makan kek..

    BalasPadam
  3. iman dah ok ker? moga cepat sembuh

    BalasPadam
  4. oh iman demam .. huhuhu memang musim skrg dik .. akak nie zahrien baru baik , ummi akak punn sama

    wahhh budak2 suke lah kalau ada kek nie , semua nak tiup ekeke ;) sedap tu dik SR

    BalasPadam
  5. budak2 klu menunya naget kasosej mmg laku.ayam kfc biasanya bahagian peha je budak suka.yg penting meriah birthday partynya..budak2 pun dpt main jumpa kawan2..semoga iman cpt sembuh..:)

    BalasPadam
  6. Sambut birthday beramai2 ni best jugak kan..lagi meriah.
    Moga Iman cepat sembuh ya.. makan ubat ye cyg..:)

    BalasPadam
  7. samalah ngan anak2, nak bah. tulang jer..

    BalasPadam
  8. bt besday party...kalau xder anak2 kecil xmeriah...dgn adanya mereka...party jd sangat best

    BalasPadam
  9. ciskek ke tu sis?
    moga iman cepat sembuh ye

    BalasPadam
  10. selamat ulangtahun pada yg berkenanan.. :)
    nugget laris mmg kegemaran semua..hihi

    BalasPadam
  11. UI yg mane tk habes boleh bg UM..gerentu habes..ni dah bine tong drum versi badan manusie hahah

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...