بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Jumaat, 8 Februari 2013

Bila cinta tak di restu

Assalamualaikum

Zaman remaja adalah zaman yang penuh dengan nafsu ingin di cinta dan mencintai. Betul tak? Itu adalah salah satu nikmat yang Allah bagi. Kalau takde nafsu macamana nak cari pasangan ;) Seperti kisah Nabi Adam dan Hawa. Allah ciptakan pasangan. Namun iblis menghasut Hawa hingga menyebabkan mereka dikeluarkan Allah dari syurga.

Nampak tak ada peranan iblis di situ. Jadi bila kita berkasih tak semestinya orang yang kita kasihi itu jodoh kita. Mungkin itu satu ujian bagaimana kita menerima kegagalan tersebut. Baru bercinta belum berkahwin ;)

Pada saya setiap yang berlaku ada hikmah. Kenapa kita harus terlalu bersedih. Allahkan ada. Dia tahu apa yang terbaik buat kita. Cinta bukan tiket untuk bahagia. Banyak lagi yang perlu ada sebagai penyokong untuk memperkukuhkan cinta tersebut. Dah macam pakar motivasi pula ;) saya cerita berdasarkan pengalaman. Maklumlah dulu banyak juga ujian cinta ;) nak tergelak pun ada bila ingat. Apa yang diorang suka kat saya pun saya tak tahu.

Tapi mujurlah Allah sentiasa sayangkan saya. Saya juga bukan jenis manusia yang suka menderita sebab orang. Bagi saya apa yang Allah beri adalah satu ujian. Hingga menyebabkan saya solat taubat dan solat hajat agar ditemukan segera dengan seorang lelaki yang bertanggungjawab, beriman dan menerima saya seadanya. Sebab tak sanggup asyik kena ngorat je ;) Masa tu memang Allah makbulkan doa saya. Terus AI melamar saya ;)

Tak sangkakan. Allah tahu doa kita ikhlas atau tidak. Kita bersungguh atau tak. Saya tak bercinta pun dengan AI namun alhamdulillah jodoh kami kuat. Percayalah bila ada agama di depan kita akan berfikir banyak kali untuk tidak melakukan perkara yang boleh merosakkan hubungan.

Penting sangat cinta yang mendapat restu ibubapa. Jika tidak, hilang keberkatannya. Ibubapa mahukan yang terbaik buat anak masing-masing. Mereka yang bela kita dari kecil hingga dewasa. Saya rasa jika ada ibubapa yang tak berkenan, tapi ada orang lain yang boleh meyakinkan, Insyaallah lembut juga hati mereka. Tapi jika memang ada sikap yang mereka betul-betul tak boleh terima, begitu juga orang lain yang melihatnya. Lebih baik lupakan sahaja. Anggaplah tiada jodoh.

Susah sangat buatlah solat isytiharah. Moga Allah bagi petunjuk. Masa AI melamar saya, saya buat. Memang saya nampak AI dalam mimpi dengan pakaian serba putih dan berkopiah. Lepas tu baru saya tanya arwah ayah saya. Arwah ayah saya cakap, kalau dia betul-betul nak, suruh datang jumpa ayah ;)

7 ulasan:

  1. setuju..cinta bukan tiket untuk bahagia...

    fasa derita kerana cinta adalah pkara perit yg tak boleh lepas jika bercinta....

    mohon Allah tabahkan hati.... :(

    BalasPadam
  2. cinta monyet berikan kebahgiaan hingga kini, tersenyum sorang2 bila teringat, hihihi

    BalasPadam
  3. setuju sgt2 dengan entri ni..

    CINTA tak semestinya membawa bahagia. apa y penting cinta secara halal.. itu tiket y mbawa kebahagian dunia akhirat

    BalasPadam
  4. assalamualaikum ummi..betul tu apa2 yg berlaku mesti ada hikmahnya...:)

    BalasPadam
  5. cinta tanpa perkahwinan tu hanya keindahan duniawi, tak semestinya org yg kita cinta akan jadi jodoh kita..jodoh pertemuan Allah tentukan

    ummi iman ramai peminat ye dulu..:)

    BalasPadam
  6. ummi...iman xtau jalan hidup iman skunk =(

    BalasPadam
  7. jodoh ajal maut semua ketentuan.. doa dan usaha kt serta keberkatan daripada doa ibu bapa penting.. dr situlah hidup diberkatikan... tp perkahwinan krn nafsu mmg memudaratkan dan indah hanya sementara...

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...